Friday 1 November 2013

Apa Pentingnya Inflasi dan Deflasi Pada Kita?

Dalam ekonomi, deflasi adalah suatu jangkamasa dimana harga-harga barangan secara umumnya jatuh dan nilai wang bertambah.Deflasi adalah kebalikan dari dari sudut ekonomi. Tetapi ianya jarang sangat berlaku. Inflasi pula adalah situasi dimana harga barangan asasi seperti gula, minyak, beras, tepung dan lain lain naik manakala nilai matawang turun. Inflasi terjadi, bila terlalu banyak wang yang berada didalam sistem ekonomi. 

Inflasi didorong oleh beberapa faktor, antaranya adalah peningkatan cetakan wang oleh bank negara secara berlebihan, penawaran barangan berkurangan, permintaan terhadap wang berkurangan, dan permintaan terhadap barangan berkurangan.

Kadar inflasi yang tinggi menunjukan kuasa beli yang besar walaupun wang yang ada ditangan sedikit, manakala kadaf inflasi yang tinggi menunjukan kuasa beli yang kecil walaupun kita ada banyak wang. 

Pada masa sekarang, kerajaan kata inflasi rendah. Sekitar 2 ~ 3 %. Tapi kalau dilihat secara teliti, kadar inflasi adalah lebih dari itu. Ianya mungkin melebihi 10%. Lihat saja dua atau tiga bulan lepas, semasa kita mempunyai wang RM100. Kita mampu untuk membeli RON95 sebanyak 52.63 liter, tetapi sekarang dengan wang yang sama, kita cuma akan dapat 47.62 liter. Sama juga dengan ayam, dua bulan lepas dengan RM100 kita boleh dapat 17.86kg ayam, sekarang dengan wang yang sama nilai kita cuma boleh beli 14.92 kg ayam je.

Dalam erti kata lain juga, nilai duit RM100 yang kita ada dua bulan lepas, mungkin pada masa sekarang tinggal RM80 atau RM90 je.. malah lebih teruk dari itu.. Teruk sungguh sistem sekarang kan..

Jadi, bagai mana anda hendak melindungi duit anda dari inflasi? emmm nak tahu rahsianya.. call saya di talian +60127261779 untuk keterangan lanjut..

Friday 19 July 2013

Letupan Kuari di Seri Alam, Pasir Gudang - Gambar-gambar yang tak masuk dalam media..

Semalam satu Malaysia kecoh. Bukan sebab jerebu lagi. Jerebu dah lama hilang dah.. Ni kecoh pulak pasal satu kuari di Seri Alam, Pasir Gudang meletup (actually semua kuari memang gunakan bahan letupan) cuma kali ini, letupan yang berlaku agak luar biasa. Sampai batu beterbangan dikawasan sekitar. 

Sebelum ini, dah banyak kali jugak kuari sekitar Seri Slam nie buat hal.. Penduduk sekitar pun dah naik muak dah dengan isu kuari. PBT buat bodoh je.. (nama pun PBT ekk).. So, semalam bila baru seberat 200 hingga 300 kilo (malah lebih) beterbangan sampai kekawasan kilang - Kawasan Perindustrian MIEL, Seri Alam, baru satu Malaysia kecoh.. 

Dibawah ini adalah beberapa gambar amatur yang dirakam oleh individu sekitar kejadian ..









Monday 15 April 2013

Gambaran Hari Kiamat...


Gambaran Hari Kiamat!!!
srafil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekak
- Selepas Malaikat
Ikan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
- - Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi. - Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi”
lak. - Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tem
yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih. - Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi k epat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan. - Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga diras
- Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat. - Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. akan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
mbun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga. - Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah: ⅰ - Pemimpin yang adil. ⅱ - Orang muda yang taat kepada perintah Allah. ⅲ - Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid. ⅳ - Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah. ⅴ - Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”. ⅵ - Lelaki
- Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari e yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai). ⅶ - Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah. - Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cin
- Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda. - Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi. - ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat. - Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yan gcin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana. - Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin. - Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan. - Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
ih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana. - Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara se
- Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin. - Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa. - Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab. - Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang. - Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-da lhinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat. - Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat : ⅰ - Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab. ⅱ - Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab. ⅲ - Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka. (Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.) Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun.
untuk berbuat dosa.perbanyakkn pahala,jauhi membuat dosa
5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka. Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004. Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama : ① Sedekah/amal jariahnya. ② Doa anak²nya yang soleh. ③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain. semoga kita berasa taku
t

Tuesday 9 April 2013

Pakej Melancong Ke Singapura




Jadual Perjalanan
0. Menjemput tetamu dihotel sekitar JB 
1. Breakfast di My Teh Tarik Eating House, Geylang Serai
2. Melawat Jalan Arab - Malay Heritage
3. Melawat Mesjid Sultan - Sembahyang Zohor
4. Lunch di hadapan Mesjid Sultan 
5. Membelibelah di Mustafa Center
6. Melawat China Town 
7. Melawat Little India 
8. Membelibelah di Orchard Road
9. Sebahyang Asar di Mesjid Al Falah
10. Dinner di Orchard Road
11. Sembahyang Maghrib di Mesjid Al Falah
12. Melawat dan mengambil gambar kenang kenangan di Marina Bay Sand 

Pakej Termasuk 
- Tourist Guide
- Transport - mengikut jumlah pelancong
- Autopass
- Toll
- Tips
- Insurans perjalanan 

Pakej Tidak Termasuk
- Perbelanjaan peribadi semasa lawatan
- Breakfast, Lunch dan Dinner
- Hotel / Penginapan

Min pax per trip

- 2 pax


Nak tahu lebih lanjut?
SIla hubungi SMS / Whatapps / Call
Shafie +60127437779

Nak Kunjungi Kami?
No 4A Jalan Tembikai 6
Taman Kota Masai
Pasir Gudang


Friday 5 April 2013

Pekerja Setia (Loyal Employee)

Baru baru ni ada berbincang dengan seorang kenalan semasa minum di kedai mamak. Dia telah bekerja dengan syarikat yang dia bekerja sekarang sejak dia tamat belajar (tahun 2000). Kami grad tak sama.. sebab masa tu UTM lebih sayangkan saya compare dengan dia, so UTM suruh saya stay satu sem lagi.. (lambat betul la pickup korang nie... aku extend satu sem la...) So, aku grad tahun berikutnya.. 

Kalau compare aku dengan dia, sejak habis belajar, aku dah bekerja dengan lebih 10 syarikat. Sebenarnya aku bukan jenis yang suka kerja lama sangat. Paling lama aku kerja dengan satu satu syarikat adalah lebih kurang 2 tahun.. Masuk tahun ketiga je, aku dah mula tekan panic button. Start cari keja lain dan masuk tempat kerja baru.. Dari sudut yang berbeza, sebenarnya aku nak capai apa yang aku inginkan.. dari segi gaji dan position. So, bila aku lompat kerja tempat lain, selalunya aku akan mintak gaji dan post yang lebih tinggi. 

Kawan aku nie pulak, start kerja sampai sekarang, kerja tak banyak beza, company sama, position sama, cuma gaji je ada naik setiap tahun. Dia kata dia pekerja yang setia. menurutnya, pekerja yang loyal nie diukur dari segi berapa lama dia bekerja dengan sesebuah company tu. So, kalau lagi lama dia bekerja, lagi mencanak canak naik la meter kesetiaan. Hehehe.. 

Pada aku pulak, konsep yang dia pakai mungkin boleh diguna pakai masa 10 atau 15 tahun lepas. Atau semasa zaman pemerintahan Jepun dulu. Tapi, pada masa sekarang, banyak lagi benda yang perlu diambil kira sebelum cop seseorang pekerja tu sebagai setia kepada syarikat. Contohnya apa yang pekerja tersebut buat dalam seharian dia berada di syarikat tersebut, adakah dia jujur dengan kerja yang dia lakukan, apakah dia makan duit tepi, adakah dia bersikap adil dengan pekerja lain, atau dengan pelanggan. Semua itu perlu diambil kira. 

Pada saya zaman sekarang, kalau pekerja tersebut komited walaupun dia bekerja setahun, dia lebih baik dari yang bekerja berpuluh tahun tapi kepala dah keras, susah nak terima perubahan, kaki bodek, suka melagakan orang dan sebagainya. 



Sunday 31 March 2013

Duit : Dulu, Kini dan Selamanya (Part 2)

Sambungan cerita pasal duit. Ada orang suka membaca, ada orang suka menulis, ada orang suka mengira. Orang yang suka membaca di panggil ulat buku, orang yang suka menulis di panggil penulis tegar, dan orang yang suka mengira di panggil accountant.. heheh.. acah je.. Kalau dulu orang yang suka menulis, orang panggil penulis, tapi mungkin sekarang panggilan tu dah kurang sesuai. Sebabnya? sebabnya sekarang orang tidak menulis lagi, tapi orang menaip.. macam yang sekarang saya tengah buat nie.. So nak panggil saya apa?   Panggil nama saya je.. ok.

Mampukah kita hidup tanpa duit. Macam mana nak hidup tanpa duit sedangkan semua benda yang kita nak kita kena bayar.. Ha.. cam mana tu... Sebenarnya memang kita tak dapat lari dari duit selagi kita hidup. Melainkan ....

1. Duduk kat kampung
Duduk kat kampung sambil tanam sayur, bela ayam, bela ikan.. dan sebagainya.. cuma jangan bela hantu raya je.. so taktik nie mmg sangat sesuai bagi mereka yang mempunyai kampung. Kalau memang asal keturunan dari bandar, jangan mimpi la ya..

2. Jangan guna kenderaan
Mengunakan kenderaan memudahkan kita bergerak dari satu point ke satu point yang lain. Tapi, semua pergerakan memerlukan kos. Contohnya, kalau kita naik basikal, nak kena pikir tayar botak, maintenance basikal lagi dan macam macam lagi la. Kalau naik kereta? lagi la.. minyak, maintenance, installment bulanan .. emmm pening pening. Berjalan kaki bukan sekadar menjimatkan, malah dari sudut yang lain, ianya menyihatkan badan, menjaga alam sekitar dan yang paling utama, kos yang teramat rendah..

3. Gunakan sumber yang ada disekeliling anda. 
Penggunaan sumber air bersih seperti air hujan, kolam dan sungai dapat mengurangkan kos bil utiliti - air dengan drastik sekali. Selain itu, kalau rajin gunakan juga tumbuh tumbuhan sebagai makanan. Contohnya paku pakis, pokok israil (emmm macam mana dapat nama nie aku pun tak tau..), pucuk ubi yang terdapat di sekeliling rumah atau tepi tepi jalan dan belukar sebagai sumber makanan..

Pelik pulak ekk kalau hidup macam tu.. dah macam tarzan pun ada ... tapi tu adalah salah satu tips untuk hidup tanpa duit... 

Friday 29 March 2013

Duit - Dulu, Kini dan Selamnya...

Duit. Bila tanya pasal duit je yang terbayang dalam kepala kita adalah... kaya.. jutawan .. mewah dan macam macam benda lagi la yang boleh dikaitkan dengan kemewahan. Tapi pernah tak terfikir yang duit nie adalah sebagai alat untuk menentukan nilai.. 

Semasa zaman dulu, sebelum zaman atuk saya, (maksudnya zaman zaman yang sebelum itu) orang tidak menggunakan duit, mereka menggunakan sistem tukaran. Senang je konsepnya, orang A ada ikan, orang B ada beras, kalau orang A nak beras, dan orang B nak ikan, so dia tukar je la.. Sebenarnya sistem tu still berjalan lagi sampai masa ini.. Tak caya??? Emm pernah tak ada member pinjam duit kat kita, pas tu sebab dia buat bodoh je.. so bila kita pergi makan dengan dia, time nak bayar je, kita terus cakap kat dia, " eh.. ari tu kan ko ada pinjam duit aku singgit, ko lom bayar lagi, so makan kali nie ko bayarkan la ehh... " haa .. ada tak.. sure ada kan.. tu pun sistem pertukaran juga. Kalau sesapa pernah kerja dalam sektor industri, perkara ini juga biasa berlaku. Cuma term yang digunakan sekarang adalah berbeza, contohnya debit note, contra off dan sebagainya.. 

Tahukah anda.. bahawa pengeluaran hasil tanaman merosot sekitar 1 - 2% setiap tahun. Hal ini disebabkan banyak faktor, seperti perubahan cuaca, bencana alam, perang, banjir, kesan rumah hijau, peningkatan suhu global, pencairan air di kutub, gempabumi dan sebagainya. Kalau ikut simple calculation, dalam jangka masa 100 tahun akan datang, makanan adalah bahan yang paling bernilai sekali. Mungkin orang kaya pada hari nie, mereka-mereka yang mempunyi simpanan ASB yang maximum, orang-orang yang ada FD berjuta didalam akaun, akan meminta-minta kepada petani, penternak dan nelayan untuk mendapatkan sebiji buah.. Tak caya? Iye betul.. Sekarang mmg tak nampak lagi.. tunggu saja 50 tahun akan datang.. Perkara ini pasti berlaku. Pada masa itu adakah duit menjadi sangat penting seperti masa sekarang.?

Banyak lagi yang saya akan tulis mengenai duit. Tunggu pada entry yang akan datang.. salam.

Sunday 24 February 2013

Pelaburan Emas : Fizikal atau Pada Nilainya ?


PELABURAN emas semakin mendapat perhatian orang ramai dan lebih banyak individu mula memilih emas sebagai medium pelaburan jangka panjang. Berikut adalah beberapa persoalan berkaitan pelaburan emas untuk dikongsi bersama.

ADAKAH pelaburan emas boleh memberi banyak keuntungan kepada pelabur?
Terdapat dua cara untuk membeli emas ia
itu melalui ejen yang mendapatkan bekalan emas dari kilang atau membeli emas terpakai. Kedua-dua cara ini boleh memberi keuntungan kepada pelabur, namun memerlukan masa dan tidak boleh memberi keuntungan serta-merta.

Cara yang terbaik untuk mengoptimumkan keuntungan ialah dengan mendapatkan emas pada harga paling rendah iaitu melalui pembelian emas terpakai.

Ini kerana emas tetap dikira sebagai emas walaupun patah atau rosak kerana jika dileburkan ia masih dikira emas dan boleh dijual mengikut harga pasaran.

Adakah pelaburan emas fizikal lebih menguntungkan berbanding pelaburan emas mengikut harga pasaran seperti ditawarkan beberapa institusi kewangan?

Pelaburan emas fizikal adalah yang terbaik kerana pemilik emas boleh menilai dan memiliki emas dibeli.

Pelaburan emas berdasarkan harga emas tanpa mendapat produk emas dikategorikan sebagai haram kerana hanya membabitkan permainan harga tanpa memiliki emas sebenar.

Ia turut berisiko menyebabkan pelabur tertipu kerana tidak dapat menilai emas mengikut harga pasaran berikutan hanya bergantung kepada harga ditetapkan institusi kewangan.

Apakah cara terbaik untuk mengelak terperangkap dengan skim emas berunsur penipuan?

Apa-apa bentuk perniagaan atau pelaburan yang ingin dilakukan perlu dilengkapkan dengan pengetahuan dan maklumat kerana dapat mengelak pelabur tertipu.

Bagi melabur dalam emas, pelabur perlu mempunyai pengetahuan indeks harga emas, trend turun dan naik harga emas, cara mengenal pasti emas tulen dan tiruan serta yang paling utama teknik mendapatkan emas paling murah.

Jika memiliki ilmu berkaitan emas, pelabur emas boleh mendapat keuntungan serta-merta jika tahu cara yang betul.

Bagaimana jika seseorang individu ingin membuat simpanan emas untuk jangka panjang?

Menabung emas adalah lebih baik daripada wang kerana harga emas boleh meningkat walaupun mengambil masa lama.

Bagaimanapun, jika seseorang ingin menjadikan emas sebagai medium simpanan, ia adalah langkah terbaik kerana sekurang-kurangnya nilai simpanannya meningkat berbanding simpanan wang yang boleh dikeluarkan bila-bila masa.

Bagaimanapun, untuk memastikan simpanan emas dilakukan memberi pulangan tinggi, pelabur perlu mendapatkan emas pada harga paling rendah sama ada melalui harga kilang atau membeli emas terpakai.

Apakah langkah yang perlu diambil jika seseorang individu itu berminat membuat pelaburan emas?

Sebelum membuat pelaburan dengan jumlah wang yang banyak adalah lebih baik sekiranya pelabur mendapatkan ilmu berkaitan emas.

Ini bagi membolehkan pelaburan yang dibuat tidak merugikan kerana jika mengikut cara salah, pelaburan itu menjadi sia-sia dan pelabur mungkin menanggung kerugian walaupun ia berkaitan pelaburan emas. 

Pastikan jenis pelaburan ingin dibuat, sama ada untuk simpanan sendiri bagi jangka panjang atau melabur untuk mendapat keuntungan kerana ia membabitkan konsep dan sistem berbeza.

Tuesday 19 February 2013

Berapa Umur Saya ( Part 2 )

Sambungan cerita mengenai umur dan masa yang kita habiskan seharian yang saya telah post last week. Minggu ini, Berita Hairan (Berita Harian) menerbitkan artikel yang berkaitan dengan masa juga. Kalau ada masa, baca la.. Sebenarnya kalau nak bercerita mengenai masa nie, memang tak akan habis pun.. 







Hargai nikmat sihat, masa lapang

Rasulullah SAW bersabda: “Terdapat dua nikmat (Allah) yang kebanyakan manusia sering lupakan, (iaitu) nikmat sihat dan nikmat kelapangan masa.” (Riwayat Bukhari)
Manusia dikurniakan Allah pelbagai nikmat yang tidak terhitung banyaknya dan tidak pernah putus. Nikmat itu diberi Allah secara percuma dan tidak dituntut kepada hamba-Nya membalas segala pemberian-Nya kerana se memangnya manusia tidak akan berupaya berbuat de mikian.
Allah berfirman: “Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkan-Nya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu.” (Surah an-Nahl, ayat 18) 
Manusia hanyalah bersyukur atas segala nikmat kur niaan-Nya. Tanda mensyukuri nikmat ialah memanfaat kannya kepada perkara kebaikan, manakala mengkufuri nikmat ialah menyalahgunakan nikmat Allah dengan mengundang kemurkaan-Nya.

Persiakan nikmat
Sungguh benar ucapan Rasulullah SAW itu kerana didapati ramai manusia yang dianugerahkan Allah nik mat kesihatan dan kelapangan masa tetapi mereka men sia-siakannya. Sebaliknya, mereka tenggelam dalam ke lekaan dan keseronokan semata-mata. 
Manusia mengira bahawa kesihatan dan kelapangan masa yang sedang dikecapinya adalah hal biasa-biasa saja dan tidak akan hilang. Padahal nikmat sihat dan masa lapang diberi Allah supaya Mukmin berlumba melakukan kebaikan dan amal soleh sebagai bekalan menuju ak hirat.
Dalam keadaan sihat, ramai pula yang melakukan pelbagai perbuatan maksiat dan kejahatan tanpa merasa malu kepada Allah. Manusia seperti ini ternyata telah mengkufuri nikmat iaitu menggunakan anugerah Allah untuk menderhaka kepada-Nya.

Perlu diinsafi manusia tidak selalu berkeadaan sihat. Masa sihat boleh bertukar kepada keadaan sakit kerana kedua-duanya adalah pemberian dan ketentuan Allah. 

Jika sewaktu sihat seseorang Mukmin itu mensia-siakan ibadahnya kepada Allah dan beramal soleh, maka pe nyesalan akan menimpanya apabila ditimpa sakit kerana sewaktu sakit, segala ibadah dan kebajikan tidak mampu dilakukan.

Lebih malang lagi jika sakitnya berterusan dan Allah tidak mengembalikan semula kesihatannya, bermakna ia tidak lagi punya kesempatan untuk beribadah dan ber amal soleh serta menebus dosanya yang lalu.

Nikmat kelapangan masa juga banyak dicuaikan ma nusia. Masa lapang sepatutnya dimanfaatkan untuk ba nyak mengingati Allah melalui pelbagai amal ibadah, mencari ilmu untuk kebaikan dunia dan akhiratnya serta memperelokkan akhlak.

Namun ramai manusia terpedaya dengan nikmat masa lapang. Masa lapang mereka berlalu begitu saja tanpa pengisian yang berfaedah atau aktiviti berunsur keba jikan. Jika dalam masa yang lapang pun mereka tidak mengingati Allah, apalagi dalam keadaan sibuk mengejar keuntungan dunia.

Tiada penghargaan terhadap nikmat kelapangan masa menyebabkan ramai manusia menghabiskan masanya secara sia-sia, sedangkan setiap detik masa terlalu ber harga dan umurnya turut berlalu.

Nasihat ulama Ibnul Jauzi baik dijadikan renungan. Katanya: “Terkadang manusia berada dalam keadaan sakit, tetapi ia tidak mempunyai kelapangan waktu di sebabkan kesibukan mengerjakan urusan dunianya. Dan terkadang pula seseorang itu punya masa lapang, namun ia dalam keadaan sakit. Apabila terkumpul pada se seorang waktu lapang dan nikmat sihat, maka sungguh akan datang rasa malas dalam melakukan ketaatan (ke pada Allah). Itulah manusia yang telah terpedaya.

Katanya lagi: “Dunia adalah ladang beramal untuk dituai hasilnya di akhirat. Sesiapa memanfaatkan waktu lapang dan sihat dalam rangka agenda ketaatan, maka dialah yang akan berbahagia. Sebaliknya sesiapa mem pergunakan kedua-dua nikmat itu dalam kancah ke maksiatan, dialah yang benar-benar telah tertipu. Se sudah waktu lapang, akan datang waktu yang dipenuhi kesibukan. Demikian pula sesudah masa sihat, akan datang pula kesakitan yang tidak menyenangkan.

Pesan Nabi SAW: “Pergunakan lima perkara sebelum datang lima perkara lain, (iaitu) masa mudamu sebelum masa tuamu, masa sihatmu sebelum sakitmu, masa kayamu sebelum masa miskinmu, masa lapangmu se belum masa sibukmu dan masa hidupmu sebelum ma timu.” (Riwayat al-Hakim)




Friday 15 February 2013

Berapa umur saya?

Aku dah lama tak menulis di blog nie.. bukan tak minat, tapi tak berkesempatan (alasan yang selalu aku dan orang lain bagi..). Sebenarnya setiap orang dalam dunia nie dapat peruntukan masa yang sama banyak. 24 jam sehari.. tak kira la samaada orang tu pekerja, tauke, pelajar, anak-anak, orang dewasa, semua dapat peruntukan yang sama. 

Nak tengok tak apa kita buat dalam sehairan. Dalam contoh nie, aku amik contoh diri aku sendiri. Pekerja kilang, bapa kepada 4 orang anak dan suami kepada seorang isteri.. Age sekarang 35 ( ehh.. dah 35 dah ekk umur aku skng.. tak tau tinggal berapa hari lagi balancenya..)

2200 - 0600 - 8 jam - tidur
0601 - 0700 - 1 jam - mandi + sembahyang + siapkan diri nak g keja
0701 - 0730 - 30 minit - hantar anak ke taska
0731 - 0800 - 30 minit - sarapan ngan orang umah
0801 - 0845 - 45 minit - perjalanan ke tempat kerja
0846 - 1800 - 9 jam 15 minit - kerja
1801 - 1845 - 45 minit - perjalanan balik kerja
1846 - 1900 - 15 minit - amik anak dari taska
1901 - 2000 - 1 jam - makan malam + sembahyang + mandi
2001 - 2100 - 1 jam - uruskan anak
2100 - 2109 - 1 jam - layan anak main-main

Kejap je ekk masa berlalu. Jalan ke hulu jalan ke hilir, borak sikit, tengok internet sikit, sms orang umah tanya dia tengah buat apa sikit... dah malam.. tido.. esok buat benda yang sama.. sampai la umur kita habis...

Sebenarnya umur kita bukan semangkin meningkat, umur kita semangkin berkurangan. Setiap orang yang baru jadi (maksudnya masa ovum dan sperm bergabung), umur kita mmg dah di set untuk berapa tempoh. Contohnya sampai umur 35 tahun 2 bulan 1 hari 3 jam 2 minit dan 27 saat. So bila sampai masanya, kita sure meninggal. Ramai orang tersalah, sebab selalu ingatkan umur kita semangkin banyak. Kalau umur kita semangkin banyak, so boleh la tebus balik umur kita yang kita dah lalui tu.. tul tak... 

Lain kali, kalau ada orang tanya, berapa umur kita, cakap je " tak tau balancenya tinggal berapa"..