Sunday 24 February 2013

Pelaburan Emas : Fizikal atau Pada Nilainya ?


PELABURAN emas semakin mendapat perhatian orang ramai dan lebih banyak individu mula memilih emas sebagai medium pelaburan jangka panjang. Berikut adalah beberapa persoalan berkaitan pelaburan emas untuk dikongsi bersama.

ADAKAH pelaburan emas boleh memberi banyak keuntungan kepada pelabur?
Terdapat dua cara untuk membeli emas ia
itu melalui ejen yang mendapatkan bekalan emas dari kilang atau membeli emas terpakai. Kedua-dua cara ini boleh memberi keuntungan kepada pelabur, namun memerlukan masa dan tidak boleh memberi keuntungan serta-merta.

Cara yang terbaik untuk mengoptimumkan keuntungan ialah dengan mendapatkan emas pada harga paling rendah iaitu melalui pembelian emas terpakai.

Ini kerana emas tetap dikira sebagai emas walaupun patah atau rosak kerana jika dileburkan ia masih dikira emas dan boleh dijual mengikut harga pasaran.

Adakah pelaburan emas fizikal lebih menguntungkan berbanding pelaburan emas mengikut harga pasaran seperti ditawarkan beberapa institusi kewangan?

Pelaburan emas fizikal adalah yang terbaik kerana pemilik emas boleh menilai dan memiliki emas dibeli.

Pelaburan emas berdasarkan harga emas tanpa mendapat produk emas dikategorikan sebagai haram kerana hanya membabitkan permainan harga tanpa memiliki emas sebenar.

Ia turut berisiko menyebabkan pelabur tertipu kerana tidak dapat menilai emas mengikut harga pasaran berikutan hanya bergantung kepada harga ditetapkan institusi kewangan.

Apakah cara terbaik untuk mengelak terperangkap dengan skim emas berunsur penipuan?

Apa-apa bentuk perniagaan atau pelaburan yang ingin dilakukan perlu dilengkapkan dengan pengetahuan dan maklumat kerana dapat mengelak pelabur tertipu.

Bagi melabur dalam emas, pelabur perlu mempunyai pengetahuan indeks harga emas, trend turun dan naik harga emas, cara mengenal pasti emas tulen dan tiruan serta yang paling utama teknik mendapatkan emas paling murah.

Jika memiliki ilmu berkaitan emas, pelabur emas boleh mendapat keuntungan serta-merta jika tahu cara yang betul.

Bagaimana jika seseorang individu ingin membuat simpanan emas untuk jangka panjang?

Menabung emas adalah lebih baik daripada wang kerana harga emas boleh meningkat walaupun mengambil masa lama.

Bagaimanapun, jika seseorang ingin menjadikan emas sebagai medium simpanan, ia adalah langkah terbaik kerana sekurang-kurangnya nilai simpanannya meningkat berbanding simpanan wang yang boleh dikeluarkan bila-bila masa.

Bagaimanapun, untuk memastikan simpanan emas dilakukan memberi pulangan tinggi, pelabur perlu mendapatkan emas pada harga paling rendah sama ada melalui harga kilang atau membeli emas terpakai.

Apakah langkah yang perlu diambil jika seseorang individu itu berminat membuat pelaburan emas?

Sebelum membuat pelaburan dengan jumlah wang yang banyak adalah lebih baik sekiranya pelabur mendapatkan ilmu berkaitan emas.

Ini bagi membolehkan pelaburan yang dibuat tidak merugikan kerana jika mengikut cara salah, pelaburan itu menjadi sia-sia dan pelabur mungkin menanggung kerugian walaupun ia berkaitan pelaburan emas. 

Pastikan jenis pelaburan ingin dibuat, sama ada untuk simpanan sendiri bagi jangka panjang atau melabur untuk mendapat keuntungan kerana ia membabitkan konsep dan sistem berbeza.

Tuesday 19 February 2013

Berapa Umur Saya ( Part 2 )

Sambungan cerita mengenai umur dan masa yang kita habiskan seharian yang saya telah post last week. Minggu ini, Berita Hairan (Berita Harian) menerbitkan artikel yang berkaitan dengan masa juga. Kalau ada masa, baca la.. Sebenarnya kalau nak bercerita mengenai masa nie, memang tak akan habis pun.. 







Hargai nikmat sihat, masa lapang

Rasulullah SAW bersabda: “Terdapat dua nikmat (Allah) yang kebanyakan manusia sering lupakan, (iaitu) nikmat sihat dan nikmat kelapangan masa.” (Riwayat Bukhari)
Manusia dikurniakan Allah pelbagai nikmat yang tidak terhitung banyaknya dan tidak pernah putus. Nikmat itu diberi Allah secara percuma dan tidak dituntut kepada hamba-Nya membalas segala pemberian-Nya kerana se memangnya manusia tidak akan berupaya berbuat de mikian.
Allah berfirman: “Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkan-Nya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu.” (Surah an-Nahl, ayat 18) 
Manusia hanyalah bersyukur atas segala nikmat kur niaan-Nya. Tanda mensyukuri nikmat ialah memanfaat kannya kepada perkara kebaikan, manakala mengkufuri nikmat ialah menyalahgunakan nikmat Allah dengan mengundang kemurkaan-Nya.

Persiakan nikmat
Sungguh benar ucapan Rasulullah SAW itu kerana didapati ramai manusia yang dianugerahkan Allah nik mat kesihatan dan kelapangan masa tetapi mereka men sia-siakannya. Sebaliknya, mereka tenggelam dalam ke lekaan dan keseronokan semata-mata. 
Manusia mengira bahawa kesihatan dan kelapangan masa yang sedang dikecapinya adalah hal biasa-biasa saja dan tidak akan hilang. Padahal nikmat sihat dan masa lapang diberi Allah supaya Mukmin berlumba melakukan kebaikan dan amal soleh sebagai bekalan menuju ak hirat.
Dalam keadaan sihat, ramai pula yang melakukan pelbagai perbuatan maksiat dan kejahatan tanpa merasa malu kepada Allah. Manusia seperti ini ternyata telah mengkufuri nikmat iaitu menggunakan anugerah Allah untuk menderhaka kepada-Nya.

Perlu diinsafi manusia tidak selalu berkeadaan sihat. Masa sihat boleh bertukar kepada keadaan sakit kerana kedua-duanya adalah pemberian dan ketentuan Allah. 

Jika sewaktu sihat seseorang Mukmin itu mensia-siakan ibadahnya kepada Allah dan beramal soleh, maka pe nyesalan akan menimpanya apabila ditimpa sakit kerana sewaktu sakit, segala ibadah dan kebajikan tidak mampu dilakukan.

Lebih malang lagi jika sakitnya berterusan dan Allah tidak mengembalikan semula kesihatannya, bermakna ia tidak lagi punya kesempatan untuk beribadah dan ber amal soleh serta menebus dosanya yang lalu.

Nikmat kelapangan masa juga banyak dicuaikan ma nusia. Masa lapang sepatutnya dimanfaatkan untuk ba nyak mengingati Allah melalui pelbagai amal ibadah, mencari ilmu untuk kebaikan dunia dan akhiratnya serta memperelokkan akhlak.

Namun ramai manusia terpedaya dengan nikmat masa lapang. Masa lapang mereka berlalu begitu saja tanpa pengisian yang berfaedah atau aktiviti berunsur keba jikan. Jika dalam masa yang lapang pun mereka tidak mengingati Allah, apalagi dalam keadaan sibuk mengejar keuntungan dunia.

Tiada penghargaan terhadap nikmat kelapangan masa menyebabkan ramai manusia menghabiskan masanya secara sia-sia, sedangkan setiap detik masa terlalu ber harga dan umurnya turut berlalu.

Nasihat ulama Ibnul Jauzi baik dijadikan renungan. Katanya: “Terkadang manusia berada dalam keadaan sakit, tetapi ia tidak mempunyai kelapangan waktu di sebabkan kesibukan mengerjakan urusan dunianya. Dan terkadang pula seseorang itu punya masa lapang, namun ia dalam keadaan sakit. Apabila terkumpul pada se seorang waktu lapang dan nikmat sihat, maka sungguh akan datang rasa malas dalam melakukan ketaatan (ke pada Allah). Itulah manusia yang telah terpedaya.

Katanya lagi: “Dunia adalah ladang beramal untuk dituai hasilnya di akhirat. Sesiapa memanfaatkan waktu lapang dan sihat dalam rangka agenda ketaatan, maka dialah yang akan berbahagia. Sebaliknya sesiapa mem pergunakan kedua-dua nikmat itu dalam kancah ke maksiatan, dialah yang benar-benar telah tertipu. Se sudah waktu lapang, akan datang waktu yang dipenuhi kesibukan. Demikian pula sesudah masa sihat, akan datang pula kesakitan yang tidak menyenangkan.

Pesan Nabi SAW: “Pergunakan lima perkara sebelum datang lima perkara lain, (iaitu) masa mudamu sebelum masa tuamu, masa sihatmu sebelum sakitmu, masa kayamu sebelum masa miskinmu, masa lapangmu se belum masa sibukmu dan masa hidupmu sebelum ma timu.” (Riwayat al-Hakim)




Friday 15 February 2013

Berapa umur saya?

Aku dah lama tak menulis di blog nie.. bukan tak minat, tapi tak berkesempatan (alasan yang selalu aku dan orang lain bagi..). Sebenarnya setiap orang dalam dunia nie dapat peruntukan masa yang sama banyak. 24 jam sehari.. tak kira la samaada orang tu pekerja, tauke, pelajar, anak-anak, orang dewasa, semua dapat peruntukan yang sama. 

Nak tengok tak apa kita buat dalam sehairan. Dalam contoh nie, aku amik contoh diri aku sendiri. Pekerja kilang, bapa kepada 4 orang anak dan suami kepada seorang isteri.. Age sekarang 35 ( ehh.. dah 35 dah ekk umur aku skng.. tak tau tinggal berapa hari lagi balancenya..)

2200 - 0600 - 8 jam - tidur
0601 - 0700 - 1 jam - mandi + sembahyang + siapkan diri nak g keja
0701 - 0730 - 30 minit - hantar anak ke taska
0731 - 0800 - 30 minit - sarapan ngan orang umah
0801 - 0845 - 45 minit - perjalanan ke tempat kerja
0846 - 1800 - 9 jam 15 minit - kerja
1801 - 1845 - 45 minit - perjalanan balik kerja
1846 - 1900 - 15 minit - amik anak dari taska
1901 - 2000 - 1 jam - makan malam + sembahyang + mandi
2001 - 2100 - 1 jam - uruskan anak
2100 - 2109 - 1 jam - layan anak main-main

Kejap je ekk masa berlalu. Jalan ke hulu jalan ke hilir, borak sikit, tengok internet sikit, sms orang umah tanya dia tengah buat apa sikit... dah malam.. tido.. esok buat benda yang sama.. sampai la umur kita habis...

Sebenarnya umur kita bukan semangkin meningkat, umur kita semangkin berkurangan. Setiap orang yang baru jadi (maksudnya masa ovum dan sperm bergabung), umur kita mmg dah di set untuk berapa tempoh. Contohnya sampai umur 35 tahun 2 bulan 1 hari 3 jam 2 minit dan 27 saat. So bila sampai masanya, kita sure meninggal. Ramai orang tersalah, sebab selalu ingatkan umur kita semangkin banyak. Kalau umur kita semangkin banyak, so boleh la tebus balik umur kita yang kita dah lalui tu.. tul tak... 

Lain kali, kalau ada orang tanya, berapa umur kita, cakap je " tak tau balancenya tinggal berapa"..