Thursday 31 July 2014

Sewa Kereta : Johor Baharu, Senai, Pasir Gudang, Skudai, Johor

 * Kia Pregio 2.7MT 
* VAN 
* 12 Seater 
* Year 2012 
*Price perday RM350 (Normal),
*Price perday RM330 (2 days above)
*Price perday RM300 (3 days above)

* Naza Citra 2.0AT 
* MPV 
* 8 Seater 
* Year 2008 
*Price perday RM250 (Normal),
*Price perday RM230 (2 days above)
*Price perday RM200 (3 days above)

* Proton Waja 1.6 AT 
* Sedan 
* 5 Seater 
* Year 2009 
*Price perday RM160 (Normal),
*Price perday RM150 (2 days above)
*Price perday RM140 (3 days above)
 
* Proton Waja 1.6 AT 
* Sedan 
* 5 Seater 
* Year 2003
*Price perday RM150 (Normal),
*Price perday RM140 (2 days above)
*Price perday RM130 (3 days above)
* Proton Savvy 1.2AT 
* Compact Car 
* 4 Seater 
* Year 2005 
*Price perday RM120 (Normal),
*Price perday RM110 (2 days above)
*Price perday RM100 (3 days above)

* Perodua Viva 660MT 
* Compact Car 
* 4 Seater 
* Year 2009  above
*Price perday RM110 (Normal),
*Price perday RM90 (2 days above)

* Perodua Myvi 1.5AT 
* Compact Car 
* 5 Seater 
* Year 2009 above
*Price perday RM140 (Normal),
*Price perday RM130 (2 days above)
*Price perday RM120 (3 days above)

* Proton Iswara  1.5MT 
* Normal Car 
* 5 Seater 
* Year 2005 
*Price perday RM120 (Normal),
*Price perday RM110 (2 days above)
*Price perday RM90 (3 days above


UNTUK KETERANGAN LANJUT, SILA HUBUNGI :

+60127437779

Singapore Day Tour



Jadual Perjalanan
0. Menjemput tetamu dihotel sekitar JB 
1. Breakfast di My Teh Tarik Eating House, Geylang Serai
2. Melawat Jalan Arab - Malay Heritage
3. Melawat Mesjid Sultan - Sembahyang Zohor
4. Lunch di hadapan Mesjid Sultan 
5. Membelibelah di Mustafa Center
6. Melawat China Town 
7. Melawat Little India 
8. Membelibelah di Orchard Road
9. Sebahyang Asar di Mesjid Al Falah
10. Dinner di Orchard Road
11. Sembahyang Maghrib di Mesjid Al Falah
12. Melawat dan mengambil gambar kenang kenangan di Marina Bay Sand 

Pakej Termasuk 
- Tourist Guide
- Transport - mengikut jumlah pelancong
- Autopass
- Toll
- Tips
- Insurans perjalanan 

Pakej Tidak Termasuk
- Perbelanjaan peribadi semasa lawatan
- Breakfast, Lunch dan Dinner
- Hotel / Penginapan

Min pax per trip

- 2 pax

Nak tahu lebih lanjut?
SIla hubungi SMS / Whatapps / Call
Shafie +60127437779

Nak Kunjungi Kami?
No 4A Jalan Tembikai 6
Taman Kota Masai
Pasir Gudang



Sunday 13 July 2014

FIFA World Cup 2014 : Keputusan Akhir : German 1, 0 Argentina

Tiada apa yang boleh diperkatakan lagi dengan keputusan perlawanan antara German dan Argentina. Siapa hebat, siapa kuat, semua orang sudah mengetahui apabila pada hari ini, German dinobatkan sebagai Juara Piala Dunia edisi 2014 setelah menundukan jagoan Amerika Latin satu kosong. 

Harap harap lepas nie, tak ada lagi member member yang bagi alasan terlajak bangun sahur sebab bersengkang mata menonton perlawanan Piala Dunia.

Wednesday 9 July 2014

FIFA World Cup 2014 : Keputusan Perlawanan Akhir German Vs Argentina


Setelah German berjaya menundukkan gergasi bola sepak Latin - Brazil, satu lagi pasukan melayakan diri ke final FIFA World Cup 2014 - Argentina, setelah menumpaskan finalist edisi yang lepas - Belanda. Pastinya pertembungan dua gergasi masing masing dari Eropah dan Latin ini, menjanjikan permainan yang menarik antara kedua dua pasukan. 

Namun begitu, sekiranya kedua dua pasukan mempamerkan corak bertahan seperti yang di sajikan Belanda pada perlawanan separuh akhir semasa menentang Argentina, mungkin peminat bola sepak berhadapan permainan hambar pada perlawanan akhir nanti. 

Apa yang peminat harapkan adalah, kedua dua pasukan saling berbalas serangan serta bertahan pada masa yang sama. Jumlah jaringan gol adalah tidak penting bagi seorang peminat bola sepak, kecuali la mereka bertaruh sesama mereka atau mereka adalah joki bola. hihi

Apa pun, selain bergembira dengan pasukan luar yang kita sokong, kita juga berharap dalam beberapa tahun akan datang, kita akan menyokong pasukan Malaysia untuk beraksi bersama barisan finalist FIFA World Cup 20xx. Rasanya, penyokong tempatan sudah penat menjerit diluar padang menyokong pasukan negeri atau kelab yang beraksi di Liga Super. Kami mahukan lebih dari itu. Mahukan satu anjakan dalam permainan seterusnya layak keperingkat yang lebih tinggi


Tuesday 8 July 2014

FIFA World Cup 2014 : Brazil 1 - 7 German : Kekalahan Yang Memalukan?

Hari ini pastinya ramai peminat bola sepak terutamanya peminat Brazil kecewa dengan kekalahan pasukan kesayangannya. Perbezaan jaringan yang besar juga menimbulkan banyak tanda tanya para peminat. Bukan sahaja di Brazil, malah di Malaysia juga kami merasai kekecewaannya. 1-7. Tiada apa yang boleh diperkatakan mengenai kekalahan Brazil keatas German. 

Malah penyokong German bersorak gembira dengan kemenangan pasukan mereka. Peminat di Malaysia juga meraikan dengan penuh kegembiraan. Dengarnya, Shafie Sali, Mat Yo dan rakan sepasukan dalam Team Malaysia juga bersorak gembira. Ada juga yang mengejek dan mentertawakan peminat dan pemain pasukan Brazil. 

Begini, mari kita melihat situasi ini dari sudut yang lain. Biar mereka yang menang terus meraikan kemenangan dan yang kalah meratapai kekalahan bagi tempoh berkabung ini.

Keputusan tidak boleh di ubah lagi. Ia akan terus menjadi sejarah. 

Ok. Yang kalah adalah Brazil. Yang menang adalah German. Yang belum pernah masuk pusingan kelayakan adalah Malaysia. Tapi kita menangis seperti kita pernah menjulang beberapa kali Piala Dunia. Malah penyokong German (yang bukan warga German) mengutuk sakan peminat pasukan Brazil, tapi negara sendiri masih ditakuk lama. Masih terkial kial dengan pencarian bakat, masih meraba raba dengan pengurusan baru, tiada target yang khusus, tiada perancangan yang jelas, masih menghadapi delima dengan pembayaran gaji. Situasinya tak ubah seperti kisah Pak Pandir. 

Kita nie apa cerita? Bila pulak kita nak menyokong pasukan sendiri di Piala Dunia 20XX. Sanggup ke kita hanya menangis meratapai kekalahan pasukan negara lain atau terkinja kinja menari kegembiraan meraikan pasukan luar.. Dah tanya diri sendiri? :)

So, kekalahan pasukan Brazil semasa perlawanan separuh akhir bukanlah sesuatu yang memalukan. Mereka telah berada dalam kalangan 4 pasukan terbaik dunia. Sama seperti Pasukan Hoki Malaysia yang berjaya melangkah ke Piala Dunia Hoki. Kalah atau menang adalah adat pertandingan. Melangkah bersama sama pasukan terbaik juga suatu kebangaan. 


banekalahan yang bukan kecil

Thursday 3 July 2014

Misteri Kelilangan MH370 : Lokasi Sebenar MH370

Dimana hilangnya kapal terbang MAS MH370? Persoalan demi persoalan mengenai keadaan dan lokasi sebenar MH370 terus menjadi misteri. Bukan sahaja ahli keluarga dan sahabat terdekat, malah semua orang diseluruh pelusuk dunia ternanti nanti khabar berita mengenai MH370 ini. 

Rakyat Malaysia sudah melakukan apa yang terbaik demi kesejahteraan anak kapal dan penumpang. Dari sekeping kad ucapan hinggalah sepotong doa untuk mereka yang terlibat. Tapi sehingga kini, khabar gembira masih belum didengar lagi. Hikmah besar apakah yang bakal kita terima dengan kejadian ini. Atau hikmah itu telah lama muncul tetapi kita saja yang tidak menyedarinya. 

Lokasi penacarian bertukar ganti : dari Laut China hinggalah di Selatan Lautan Hindi dan berubah semula ke kawasan lain di Kawasan Lautan Hindi. Betapa sukarnya mencari sebuah kapal terbang MAS ini. Sehinggakan pihak berkuasa Aus menyatakan yang pada ini mereka bukanlah mencari kapat terbang tersebut, tetapi sedang berusaha mencari kawasan pencarian. Sekiranya kawasan pencarian sebenar telah dijumpai, maka barulah mereka akan mencari kapal terbang tersebut.

Beberapa persoalan yang boleh ditimbulkan;

Pertama, terlalu banyak satelit pencerapan yang berada diorbit, tetapi tiada satu pun yang mencerap pergerakan MH370. Tidak tahu samaada MH370 tidak dicerap, ataupun negara pemilik satelit tersebut tidak mahu berkongsi dengan Malaysia mengenai maklumat tertentu. Saya yakin, ada beberapa satelit yang mencerap pergerakan MH370 ini, sekiranya beberapa maklumat satelit ini dikumpulkan dan disatukan, maka ia akan memudahkan pencariannya

Kedua, teknologi radar yang dimiliki oleh negara negara yang dilalui MH370 buat kali terakhirnya, juga pasti dapat mengesan kedudukan kapal terbang tersebut, atau paling tidak pun radar bumi milik Tentera US yang berada di Digeo Garcia, dengan mudahnya mengesan kapal terbang tersebut

Ketiganya, mana perginya imej imej yang dikesan oleh satelit China dan France yang mencerap beberapa objek yang besar saiznya? Apakah objek tersebut hanya ilusi satelit satelit tersebut? Objek objek ini mungkin mempunyai kaitan dengan kelilangan MH370, tetapi pencarian objek tersebut dibuat dengan sambil lewa, tak jumpa pun tak apa.. emm

Kesimpulannya, machine yang manusia cipta memang nampak hebat. Kapal terbang, satelit, dron, Bluefin, kapal selam, kapal pencarian dilaut, GPS dan macam macam lagi gajet lain. Tapi manusia sebagai pencipta barangan tersebut lagi hebat, dimana mereka boleh menipu-lasi (menipulasi) barangan tersebut. Tapi, kita kena ingat, pencipta yang menciptakan otak manusia, itu adalah Maha Hebat.