Thursday 7 August 2014

Dhaarma Raj Abd Vs Khalid Ibrahim : Persamaan Antara Mereka

Menjadi ketua bukanlah suatu yang mudah. Apatah lagi menguruskan manusia. Memang terlalu besar cabarannya. Ketua / manager yang paling ramai dimuka bumi ini adalah seorang bapa. Jumlahnya sama banyak dengan jumlah keluarga yang ada. Setiap perkahwinan yang normal, pasti akan ada seorang bapa. Tugas bapa / ayah / dady / walid / abah / appa / dan lain lain lagi gelaran yang diberikan. Saya akui, bukanlah suatu tugas yang mudah. Penuh tanggungjawab yang harus dipikul. 



OK la.. itu tentang bapa. Apa kes pulak kalau ketua jurulatih sebuah pasukan hoki kebangsaan, sekarang nie kes Dhaarma Raj Abd yang baru baru ini pasukannya - Pasukan Hoki Kebangsaan Malaysia, telah mengalami beberapa kekalahan semasa di temasya sukan Commonwealth. Termasuk kekalahan keatas Trinad And Tabago 4-2. 

Sebelum itu Dhaarma Raj Abd telah membawa Pasukan Hoki Kebangsaan Malaysia ke peringkat akhir Pila Dunia Hoki. Sesuatu pencapaian yang pada saya sangat membanggakan. Bukan calang calang pasukan yang layak untuk ke Piala Dunia. Dengan barisan negara negara gergasi Eropah, German, Belgium, Spain, Asia, Korea, India, Pakistan dan beberapa negara kuasa hoki yang lain. 

Khalid Ibrahim pula, kalau ikut sejarah kehidupannya, beliau juga seorang tokoh koprat yang sangat disegani terutama sekali dalam bidang plantation, setelah menerajui Gutheri, join PNB dengan memegang pelbagai jawatan penting sebelum memasuki arena politik. Baca selanjutnya di wikipedia

TETAPI : Tetapi akibat beberapa kejadian yang kurang disenangi oleh orang atasan mereka, mereka dipaksa untuk meletakan jawatan malah lebih teruk lagi kena pecat!!. Hampeh sungguh orang yang membuat keputusan macam tu.

Bukan apa, saya yakin, dengan kebolehan dan good tracking record mereka berdua, ramai yang menunggu mereka berdua meletakan jawatan. Sebab, orang yang menunggu mereka ini adalah organisasi ataupun pasukan kebangsaan negara lain yang dahagakan bakat kebolehan dan kepimpinan yang mereka ada ini. SERIUS BEB. 

Saya tak dapat bayangkan kalau seorang bapa menghadapi undi tidak percaya daripada isteri dan anak anaknya sendiri... perghhhh

 

Tuesday 5 August 2014

Meeting : Penting Ke?

"Tidak rugi orang yang melakukan istikharah dan tidak akan menyesal orang yang selalu bermesyuarat dan tidak akan miskin orang yang selalu bersederhana" - Hadis Nabi Muhammad SAW

Setiap hari, salah satu rutin sebagai seorang engineer adalah menghadiri meeting. Kalau quality engineer, macam biasa la, meeting incoming quality la, meeting dengan production la, meeting dengan vendor la. Kalau civil engineer, biasanya meeting dengan maincon, meeting ngan orang JKR dan lain lain. Tapi, tugas mereka yang utama bukan la meeting saja. Meeting nie just untuk berbincang mengenai sesuatu problem dan cari solution sama ada solution yang bersifat sementara atau yang bersifat kekal.

Dalam meeting biasanya ada satu atau banyak problem yang akan diutarakan. Dalam meeting ada satu ketua yang akan jadi perantara - macam perantara bomoh dan jin la pulak.. haha.. tapi selalunya perantara nie akan tanya la setiap orang yang ada problem  nie.. Meeting nie biasanya lebih dari sorang la kan. kalau meeting sorang sorang tu dah namanya gila sebab cakap sorang sorang. 

Dalam meeting jugak, ketua tadi nie akan tanya pendapat setiap orang yang ada.. Mungkin bukan semua orang la.. mungkin sebahagian saja. Bila dah tanya ramai orang nie, mula la ada banyak pendapat. So, nak pilih solution yang baik biasanya ketua yang akan buat keputusan.. Yang lain kena ikut. 

Stage seterusnya, bila ketua dah buat keputusan, yang lain kena ikut, dan tak perlu nak argue lepas meeting atau nak bahas apa jadah semua. Just buat apa yang telah diputuskan, kalau ada masalah semasa nak melaksanakan tugas tugas tu, nanti next meeting baru bincang balik. 

Kebanyakan meeting yang korang pernah conduct atau pernah attend lebih kurang sama je.. mungkin tak 100% sama, tapi lebih kurang mirip mirip nora danish la..

Satu lagi, meeting nie bukan dekat organisasi je.. kat rumah pun bagus buat meeting dengan ahli keluarga yang lain. Dengan isteri, dengan anak anak.. 

Ada komen?

Monday 4 August 2014

Bro, Blog Lu Ni Kurang Gambar La...

Saya mendapat satu email dari salah seorang pembaca blog saya tak seberapa nie. Dalam emailnya;

Salam...

Bla Bla
Bla Bla..
" Content lu ada yang best ada yang tak best"
Bla Bla
Bla Bla..
"Bro, Blog Lu Ni Kurang Gambar La... Kalau banyakan lagi gambar pun ok juga Bro. "
Bla Bla
Bla Bla..

Adios..

----------------------------------

First nak ucap jutaan terima kasih kepada pengirim email. 
Kedua.. terima kasih lagi sebab bagi input yang membina. Sebenarnya saya bukan tak nak letak banyak gambar dalam blog saya. Saya cuba kurangkan gambar. Blog nie adalah untuk bacaan umum. Gambar dan sebagainya tu hanya untuk menyedapkan lagi bahan bacaan itu. 

Senang kata macam nie la.. sekarang nie kan season raya kan.. semua orang masak lemang. Ada dua jenis lemang. Pertama dijual oleh pakcik seman, yang kedua dijual oleh jenal, anak mak som songel. Pakcik Seman punya lemang biasa je, amik buluh, letak daun pisang, isi beras pulut dan panggang. Tapi lemang Pakcik Seman ramuannya jangan cakap la beb.. kalau dah makan mmg sedap giler..

Si Jenal punya pulak, mmg nampak macam terbaek, sebab dia bakar pakai buluh perindu, pas tu pakai daun pisang hutan, tapi bila dah siap, tak ada rasa apa pun..

Ha.. yang mana pilihan Bro?

Tapi apa-apa pun terima kasih banyak banyak sangat sebab sudi antar email.. Email pertama sejak blog nie aku buka.. haha

Sunday 3 August 2014

WhatsApp For PC : Aplikasi Yang Menjadi Kegilaan

Dunia terus berputar yang tiada siapa tahu bila putaran itu akan berhenti. Sama juga dengan bentuknya yang bulat, tiada penghujung.. Teknologi IT juga sama.. perkembangannya sentiasa berlaku dengan pantas. Dulu semasa zaman saya sekolah menengah, kalau satu family tu mempunyai komputer (PC) yang besar tu, kira diaorang paling kaya sekali la kat kampung. Zaman itu OS yang digunakan adalah Windows 3.10. Kalau nak cakap pasal spec, memang budak budak sekarang boleh pengsan ketawa guling guling. Lepas tu, siap pakai floppy disk lagi.. 1.44MB. Hehe. Hard disk fizikal saiznya mmg la besar, tapi storage space kecik amat kalau dibandingkan dengan hard disk yang ada dipasaran sekarang nie. 

Tapi kita jangan lupa, dulu masa zaman ayah atau atuk kita, kalau kat rumah ada TV hitam putih (sekarang orang buat aquarium) dah kira kaya gaban dan tu.. so, zaman saya tak jumpa tv macam tu. Zaman saya masa tu dah ada tv color. So, bila atuk kita cerita pasal tv yang diaorang banga banga sangat tu, kita pun guling guling gelak.. hahaha..

Sekarang dah tahun 2014, so zaman pentium 1, pentium 2, ... pentium 4 dah berlalu. Dulu orang sms guna telefon nokia pisang tu ha.. sebelum tu pakai pager.. haha.. kalau ada orang call  kat pager tu, cepat cepat owner tu cari public phone dan call balik no yang ada kat pager tu.. tu pun dah kira gah.. biz besar je boleh beli pager macam tu.. Sekarang nie, guna sms pun orang dah malas. Guna Whatsapps, tekan button gambar microfon tu, terus cakap je.. tak payah nak taip taip lagi. 

So, kerja dah makin mudah. Tengah driving pun boleh voice msg. (Call terus kan senang ekk.. hehehe). Kalau silap haribulan, msg ngan orang yang bukan bukan, lupa pulak nak delete kat media folder, sekali pasangan kita (yang ada pengetahuan IT sikit) pegi cek, kantoi pulak... haha.. bala bala..

Tenologi nie bagus sebenarnya, cuma macam mana kita nak olahkan dia supaya semua orang dapat manfaatnya. Kalau kita memilih untuk yang tidak baik, memang itu la yang akan kita dapat. Kalau kita pilih untuk yang baik, itu la yang kita akan dapat jugak.