Thursday 30 April 2015

Kisah Pemuda Penjual Viper Vs Penjual Buah Delima

Hari ini, saya terpaksa menjalankan kerja kerja admin. Sebabnya, pelajar praktikal tempat saya bekerja, saya arrangekan untuk mengikuti team marketing mencari sales sebanyak mungkin.. at the same time, dia dapat belajar sedikit sebanyak mengenai ilmu pemasaran.. walaupun tak banyak.. tapi saya yakin ianya dapat membantu bila dia tamat  praktikal training dari tempat saya ni.. 

So, hari nie saya terpaksa buka cek, print report, bank in cek dan macam macam lagi kerja. Ok jugak la.. actually dulu pun saya buat semua tu.. masa saya buat kerja sendiri.. bila dah ada kemampuan sikit, boleh la sewa kedai, amik practical training student, then gajikan marketing punya orang dan sebagainya.. 

Tadi masa di bank, sempat jugak saya membelek belek minyak wangi yang dijual oleh penjual dikaki lima bank.. ada tiga peniaga disitu.. yang pertama menjual minyak wangi (brader berkopiah - kalau ikut slang mungkin dari pantai timur), yang  kedua menjual pati delima dan buahnya sekali (brader indon- tengok muka dan tau dah, bila kuar suara, lagi la menguatkan fakta) dan yang ketiga penjual viper (adik V - V tu singkatan untuk viper.. saja nak bagi grand sikit.. orang local kot..)

Masa saya membelek belek minyak wangi tu, adik V nie berbual dengan brader indon nie, dia kata ( yang saya dengar la )
" hari tu ada satu mat saleh datang gerai saya, dia nak beli apa tah"
Brader indon nie ye ye je la dengar.. 
" Saya bukan tak tau cakap inggeris.. malas je bang.. sebab kalau saya cakap, bukan orang tu faham pun"
Brader yang jual kopiah tu sengih sengih je... 

Stop..

Dan saya pun berlalu dari gerai tu.. ingat memang nak beli minyak wangi tu.. tapi tak jadi, sebab saya nak tergelak dengar perbualan mereka.. sebelum saya berlalu tu, saya sempat jeling kat adik V nie, mukanya memang serius, so menunjukan yang dia tadi tu memang sedang bercerita. Bukan buat lawak.. 

Hahahaha.. 

Kalau kita cakap bahasa Inggeris, dan orang yang mendengar tu tak faham, so maksudnya ada something wrong la dengan bahasa perbualan kita. Betul tak? Mungkin kita cakap slang English Utara ke, English Kelantan ke.. hehehe

Ok tu satu issue.. masih berkaitan dengan bahasa inggeris.. Beberapa hari lalu, anak saya cakap kat saya, yang ada seorang rakan sekelas dia familynya orang Singapore. kawannya itu sangat fasih berbahasa inggeris.. anak saya pun memang sangat kagum dengan kebolehan kawan dia nie.. 

Saya tanyakan kembali pada dia, kawan awak math dapat berapa masa ujian yang lepas.. dia jawab, 65% saja... Dan saya pun terangkan pada anak saya, sebenarnya setiap orang ada kelebihan masing masing.. ada yang pandai berbahasa melayu, ada yang pandai bahasa inggeris, ada jugak yang pandai math dan lain lain.. kalau dia pandai dalam semua bidang, tu namanya genius.. tapi kebanyakan orang cuma boleh menguasai beberapa perkara dalam hidupnya.. itu adalah fakta.. bukan tak ada orang genius.. tapi dia genius dalam bidang masing masing.. 

Umpamanya Dr Zakir Naik, kalau cakap bab perbandingan agama memang no 1, semua surah dia boleh ingat, cakap saja ayat berapa, surah berapa, kitab mana.. memang dalam fikiran dia... tapi cuba dia suruh dia cakap bahasa jepun? mau terkulat kulat dia nak keluarkan nas nas.. 

Macam Prof Stephen Hawking.. memang terbukti genius dalam bidang fizik.. tapi cuba suruh dia berdebat dengan Dr Zakir Naik mengenai kitab injil, mau berdiri dia macam usop wilchar dalam cerita hantu mak limah... 

So, memang setiap orang ada kelebihan masing masing.. mengusai bahasa inggeris tak bermakna orang itu pandai.. cuma kita masyarakat malaysia, mungkin mindanya masih dijajah oleh pemikiran lapuk.. terlalu memandang tinggi pada orang barat.. dan memperlekehkan orang yang tak pandai bahasa inggeris.. haha.. itu realiti..

Sama macam kita ke kedai kereta menjual kereta AUDI.. 
kita tanya dia "kereta ini harganya berapa ringgit?".. 
lantas dia menjawab "RINGGIT??"
dan saya ajukan pertanyaan seterusnya "Kat sini pakai USD ke"
baru la dia jawab " 200,000 Ringgit"
"ooo ingatkan pakai USD" 

RInggit itu kan matawang Malaysia.. ia bukanlah nilai.. ekk ekk ekk..

Wednesday 29 April 2015

Komen Dr Mahathir Mengenai Najib Razak

Habis semua kepincangan didalam pentadbiran Najib Razak di dedahkan oleh Dr Mahatir. Dari issue 1MDB, issue mengenai anak Najib : Riza Aziz, issue Altantuya dan macam macam lagi issue yang pada saya memang sepatutnya ada seseorang didalam kerajaan yang menyuarakan mengenai hal ini.. 

Pastinya, sekiranya tak ada orang dalam kerajaan yang berani menegur, orang luar akan menegur. Kalau suara rakyat, tidak di dengar, pasti ada orang lain yang akan bersuara.. Secara logiknya, kalau suara rakyat tak didengar oleh pemimpin (pemimpin ke kalau orang tu adalah orang yang kita pilih secara undi majoriti), orang yang lebih berkuasa daripada orang itu patut menegur. 

Dalam kes ini, Dr Mahathir adalah salah seorang bekas Perdana Menteri Malaysia yang membangunkan Malaysia sejak berdekad lamanya.. saya yakin, rasa kecintaan terhadap Malaysia sangat menebal didalam diri Dr Mahathir.. sama macam Mendiang Perdana Menteri Singpore; Lee Kuan Yew. Betapa sakitnya hati kalau melihat duit yang sepatutnya digunakan dengan sebaiknya, tetapi dibazirkan bukan untuk manfaat negara, tetapi manfaat peribadi..

Sebagai Perdana Menteri, Najib Razak sepatutnya dengan segera menjawab segala persoalan yang diajukan oleh Dr Mahathir dan itu yang semua rakyat jelata mahukan.. semakin lambat jawapan yang diberikan, semangkin orang akan berfikir yang bukan bukan mengenai persoalan awal.. Dan kalau menjawab pun dengan tiada bukti kukuh, saya rasa, Najib Razak sepatutnya tahu apa yang sepatutnya dia kena buat.. jalan terbaik adalah memberi laluan kepada 2nd man nya untuk mengambilalih kerajaan sekarang. 

Tapi, kena diingat, sekiranya Najib Razak mengundur diri, ertinya dia mengaku apa yang dia telah melakukan kesalahan.. dan pesalah harus di hukum.. itu adalah resam dunia.. sama seperti Anuar Ibrahim, yang meminta pengampunan daripada Agong, sekiranya dia meminta ampun, maka dia dianggap memang melakukan perbuatan liwat tersebut.. 

Dunia sekarang bukan macam 30 tahun dahulu.. segala apa yang kita lakukan, walau dimana pelusuk dunia sekalipun, semua orang akan tahu.. kalau kita adalah orang yang popular / public figure, cepat la berita tu tersebar.. kalau rakyat biasa macam kita nie ha.. lambat la.. hehe.. mungkin tak sampai langsung.. 


Saya kembali ... (dengan nada lebih sopan)


Saya kini telah kembali.. atas sebab sebab tertentu..  mungkin sebab banyak benda yang ingin saya kongsikan.. dengan cara lama.. dengan nada lama.. tapi saya masih seperti dulu... hehe.. 

Gambar? Kat blog nie bukan sumber untuk mendapatkan gambar.. kita cuba mendidik sesama kita untuk membaca.. memang betul, orang kata, sekeping gambar memberi seribu makna.. dari satu segi.. maksud saya dari sudut yang positif, dia boleh membawa tafsiran yang baik terhadap gambar tu.. tapi dari sudut yang lain pulak, maksud saya dari sudut yang negatif, pun akan memberi seribu tafsiran negatif.. kalau tak ada penerangan yang sahih mengenai gambar tu, sure penafsiran sure berbeza beza.. campur pulak dengan idea idea andaian yang ditokok tambah.. nak bagi sedap la katakan... 

Sato contoh, kalau kita tengok gambar bogel satu perempuan, first yang kita fikir adalah, gambar lucah.. tapi mungkin jugak perempuan dalam gambar tu adalah mangsa kejadian. Betul tak.. kalau tak ada tulisan, macam mana nak bagi info yang sebenarnya.. betul.. saya faham.. ada jugak tulisan yang tak bertamadun, yang bagi penerangan yang salah.. tapi tu adalah sikap orang yang sepatutnya hidup 2 tahun S.M (sebelum masihi..)

Kalau nak cari gambar gambar menarik.. pegi je kat google image.. kat situ boleh je kalau nak cari image yang menarik.. asal saja keyword yang kita gunakan tu betul dan tepat.. Nak saya bagi contoh ke... ok jap... 

Ni dah taraf toturial nie ... ok la tak apa.. sambil sambil kan..

1. Bukak browser application (Firefox ke, Internet Explorer ke, Google Chrome ke...)

2. Taip GOOGLE.COM



3. Lepas  tu taip image yang kita nak cari.. contohnya kita guna nama 'alexander zulkarnaien'. Dah siap taip keyword tu, kilk enter atau gambar search kat tepi tu


4. So dia akan keluar information macam kat atas tu la.. .. tu info, kalau nak image, just klik kat link image.. so dia akan keluar pulak yang macam kat bawah nie...




Clear tak? agak agak sudah la ya.. kenapa? Memang la gambar saya tak ada kat image tu.. sebabnya mudah je.. sebabnya, dalam blog nie mana ada gambar.. google nie dia akan captured gambar gambar (file name gambar tu) dari mana mana web termasuklah blog yang anda semua tengah baca ni... Kalau nak jadi orang popular, snap gambar banyak banyak, pas tu publish gambar dalam blog.. dan jangan lupa tukar file name kepada nama anda.. buat la.. ali 1, ali 2, ali 3 dan sebaginya...

Sekian saja toturial saya pada kali ini, hahaha.. 

Ok, jumpa lagi dalam entry tang akan datang.. salam