Thursday 29 September 2016

PRU14 : Masih Relevan Lagi Ke Nak Kena Daftar Pengundi

Dunia dah semakin maju. semua capaian melalui internet. kalau kita just nak maklumat mengenai sesuatu, just duduk depan meja menghadap komputer yang ada talian internet, dah dapat semua maklumat yang kita inginkan. lagi canggih, just guna handphone, google apa yang kita nak, semua boleh dapat. pihak imigresen pun sama. nak tau sapa yang keluar malaysia, balik hari yang sama, atau pergi pagi tak balik balik sampai sekarang pun ada. pihak jabatan pendaftaran pun sama, tahu ada berapa kelahiran dan ada berapa kematian yang berlaku di malaysia setiap hari, setiap minit, setiap bulan dan tahun. semuanya ada dalam rekod (dengan syarat ada buat system maintenance la)

pendek kata, apa yang diperlukan oleh agensi kerajaan, semuanya boleh didapati didalam sistem database mereka. senang. duit kita ada berapa dalam bank pun diaorang boleh tau. bagi je arahan kepada pihak bank, dua tiga minit lepas tu, semua maklumat ada. kacang. 

tapi yang agak kelakar, dari zaman dulu hingga kini, kenapa masih lagi perlu daftar untuk menjadi pengundi. kenapa tak refer saja dalam sistem. berapa orang yang layak sebagai pengundi, dia duduk mana (ikut alamat ic), dia kerja di mana (ikut daftar kwsp), dia hidup lagi atau tak (ikut rekod jpn), dia ada lagi di malaysia atau tak (ikut rekod imigresen) dan semua tu boleh compile, then orang nie layak jadi pengundi. senang cerita, kalau kita layak mengundi pada umur 21 tahun, orang nie just pergi depan komputer atau handphone je, masukkan ic no (unique id) dan terus boleh cek dia mengundi di mana. kalau ikut alamat ic, ok fine. kalau ikut alamat surat beranak pun ok juga. cumanya, tak perlu nak daftar bagai. sebab daftar tu tak ada function pun. 

kata jabatan yang uruskan pilihanraya nie tak cukup orang, setiap kali ada pilihanraya je, sibuk cari part timer untuk keja ngan mereka, so kenapa nak tambah kerja. tak perlu la.. dah ada kemudahan teknologi maklumat, gunakan dan manfaatkan la.. kalau ketuanya dah berusia dan patut pencen, pencen la.. ganti dengan anak muda yang betul betul nak buat kerja. yang ada passion. ekk.. 

cuma satu je nak tanya.. perlu lagi ke nak daftar pengundi nie.. uekkkk

Tuesday 23 August 2016

Merdeka kah kita?

Merdeka itu dimana? banyak sangat tafsiran mengenai erti kemerdekaan. Ada yang kata, kalau negara tidak dijajah, tu dah kira merdeka la. iye ke? ada pulak yang kata, minda kita tidak dijajah tu dah kira merdeka la.. iye ke? ada pulak yang cakap, kalau lepas exam spm ke, pt3 ke, tu dah kira merdeka la.. iye ke? 

tak kisah la apa erti kemerdekaan pada awak awak semua. tafsirannya pelbagai. ikut situasi. kalau orang yang kena penjara seumur hidup, kalau dia dibebaskan, maunya tak merdeka ye tak. kalau isteri yang kena gantung tak bertali selama 10 tahun, sekali lakinya lafaskan talak pada dia secara sah di mahkamah, maunya dia tak rasa merdeka.. so.. memang maksud merdeka tu sangat subjektif. bergantung pada individu itu sendiri

kalau dalam konteks negara, memang betul la, kalau tak ada penjajahan secara direct macam inggeris menjajah suatu ketika dulu, atau masa zaman pemerintahan jepun dulu, so dah kira merdeka. setapak lebih ke hadapan, lepas merdeka daripada penjajahan secara terus oleh pihak penjajah, ada ke pengaruh penjajah dalam pelbagai bidang? contohnya hala tuju negara diadun oleh pihak luar. contohnya sistem gaya dan sistem pemerintahan yang ada sekarang nie, siapa yang menggubal? adakah kita rakyat? atau kita hanya mengguna pakai sistem yang ditinggalkan penjajah. jadinya, sekarang kita dijajah lagi ke?  contoh lain, dasar luar negara yang diamalkan oleh malaysia, adakah ianya dipengaruhi oleh negara luar seperti us, uk, china, rusia dan lain lain negara? contoh lain lagi, dalam bidang ekonomi, adakah kita benar benar merdeka setelah 58 tahun negara merdeka? adakah sistem yang ada sekarang adalah sistem yang kita kehendaki? atau memang sistem yang sedia ada dari sejak dulu? 

ini just pandangan saya, kalau kita lihat sistem ekonomi, pendidikan, ketenteraan, atau apa apa jugak bidang, semua ada pengaruh pihak luar, terutamanya pihak bekas penjajah. biasanya orang akan cakap, mereka lebih maju dari kita, kita ikut je apa yang dah ada.. betul tak.. tapi, adakah ini betul? jadinya adakah kita sudah merdeka sebenarnya? 

sampai bila pun sebenarnya kita tak adakan merdeka. selagi kita menggunakan apa yang telah ditinggalkan oleh mereka suatu ketika dulu. kita dah ramai orang bijak pandai, apa salahnya kita gunakan sistem yang kita bangunkan sendiri. sistem orang malaysia yang pelbagai kaum. atau apakah memang kita selesa dengan apa yang telah ditinggalkan. 

merdeka kah kita?

Tuesday 21 June 2016

Panggilan Yang Sesuai

beberapa hari lepas, semasa menghantar satu group customer dari singapore ke kota tinggi johor, salah seorang dari mereka memanggil saya dengan panggilan 'uncle'. ahaks.. ok, saya nak bagi review mengenai mereka. 

- pelajar university
- umur antara 19 hingga 25 tahun
- berkulit sawo matang (info yang nie tak penting pun,, saje letak)
- warganegara philiphina
- datang ke kota tinggi untuk bercuti
- jumlah pax : 8

saya pulak
- berumur 38 tahun
- bekerja
- berjambang
- friendly
- muka garang
- tinggi 178 cm ( info yang ni pun tak penting hehe)
- berbadan tegap (lagi la hampeh info nie.. tak ada kaitan dengan cerita nie)

ok, nak dipendekkan cerita, sesuai tak mereka panggil dengan panggilan uncle? rasanya tak ada masalah kot kan. since saya pun nampak berusia, dan muka garang, then mereka pun tak tahu umur saya kan. ok fine. 

jadinya, panggilan pada seseorang nie banyak bergantung kepada keadaan fizikal seseorang. especially muka. setuju? lagi lagi kalau kita tak tahu usia dia. kalau pakcik yang nampak muda, tapi sebenarnya usia dah masuk 60 mungkin

ada satu lagi kisah, masa tu saya bekerja di pasaraya di jb. sebagai promoter. datang satu pakcik, saya panggil dengan panggilan 'pakcik'. terus dia melenting. dia tanya saya balik, tau tak usia berapa. saya pun jawab la tak tahu. dia kata usianya masa tu dah 65 dan saya waktu tu 21. dia minta panggil ayah atau atuk. hehehe.. macam macam kan. tu la, ayah angkat saya, ayah syed. seorang yang sangat berusaha gigih, dah pencen pun amik master. tahniah ayah. 

Wednesday 8 June 2016

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan. Akhirnya dapat jugak sampai pada bulan nie. Untuk sama sama berpuasa. Satu anugerah yang memang susah nak digambarkan dengan kata kata. Hanya orang orang yang memahami apa itu Ramadhan je yang dapat rasa nikmatnya berpuasa. 

Bila dah lama tak menaip, banyak sangat pulak perkataan yang nak kena delete dan betulkan balik. sebenarnya, menaip nie adalah skill. kalau dulu, masa zaman sekolah, ramai yang sibuk masuk kelas menaip. masa tu zaman mesin taip. tak pernah jumpa mesin taip? emm try google. haa tu la mesin taip. versi paling awal ataupun yang paling ganas adalah mesin taip yang guna kertas karbon kalau nak taip. pas tu cuma boleh guna jari telunjuk je. kalau guna jari kelengkeng untuk menekan butang tu, confirm tak kuar hurufnya. dan tu pun salah satu sebab kenapa jari mak ayah kita pendek pendek. hahah.. tak ada la.. gurau je.. 

setelah direvolusikan, ada mesin taip elektronik, keyboard komputer dan sekarang nie touch skrin. 

hidup kan memang macam tu. circlenya. dari tak ada kepada ada. dari ada kepada tak ada. kecik jadi besar, besar jadi kecik balik. muda jadi tua, tua jadi muda balik (perangai) dan at the end, meninggal. 

yang suspendnya, kita tak tau apa yang kita akan dapat setelah kita mati. tak pasti sama ada apa yang kita buat pada hari nie, akan membawa kita masuk syurga atau sebaliknya. ada kisah, walaupun dia seorang pelacur, at the end dia masuk syurga, sebab kebaikan yang dilakukan semasa hidup. ada pulak kisah, walaupun dia alim ulama, tapi akhirnya masuk neraka, sebab keburukan yang dilakukan sebelum meninggalnya. harap apa yang kita lakukan akan mendapat redha Allah. aminn

actually entry kali nie, tak ada apa yang nak di tulis pun. apa yang anda baca tu adalah apa yang saya tulis la. huhu.. kalau entry kali nie membosankan, saya mintak maaf. hidup kita kan memang macam tu. buat salah, dan minta maaf. 

ok, sampai jumpa lagi nanti, insyallah. salam. 

Wednesday 27 April 2016

Berniaga : BERJAYA atau GAGAL sangat subjektif maksudnya

beberapa hari lepas, saya berjumpa dengan sorang rakan lama. waktu tu saya berada di kementerian dalam negeri dan dia pun berada dibangunan yang sama. saya pun tak tanya banyak sangat apa di buat disana. 

saya kenal dia sewaktu zaman saya berkecimpung dalam dunia it. zaman internet mula mula masuk malaysia. zaman internet yang menggunakan modem 128kb, zaman internet cafe sejam rm12, zaman website baru nak muncul - macam alien. sungguh macam alien. manakan tidak, bukan semua orang mampu untuk berinternet. barulah sedikit demi sedikit internet jadi laju, 512kb, 128mb speed dan lain lain. 

saya pernah menjadi it specialist disebuah syarikat dulu. ada certified engineer untuk networking daripada microsoft. dia pula adalah pembekal barangan yang berkaitan dengan it. so, kami memang rapat la. 

sekarang, syarikatnya dah tutup, sebab dua orang partner sudah gaduh dan pecah saudara. habis semua sekali. dan pekerja yang high skill masing masing membawa haluan sendiri. dia membuka beberapa kedai komputer di dalam utm skudai. dan beberapa tempat lain. memang hebat. dia kata ada hikmatnya kedai komputer yang dia keja dulu tu, tutup. kalau tak, sampai sekarang dia akan kerja disana. manakan tidak. owner company tu memang baik hati. member baik saya juga. 

dia tanya saya, sekarang buat apa, dan saya cakap, kerja dengan travel agency. ko punya? dia tanya. saya katakan, yang saya kongsi dengan isteri merangkap menteri kewangan keluarga. dia kata, wah dah berjaya ko ya. saya pun cakap benda yang sama pada dia. 

ok. sebenarnya, ada orang kata bila kita membuka kedai atau syarikat, maksudnya orang itu dah berjaya. ya dan tidak . "ya" sebab daripada tak ada syarikat kepada ada syarikat - satu kejayaan. "tidak" sebab cabaran baru je bermula. membuka perniagaan adalah satu permulaan kepada mengejar target. bila dah ada satu company, establish, bukak satu lagi. mungkin itu kejayaan, atau mungkin belum lagi di anggap kejayaan. sebabnya, mungkin targetnya adalah membuka 10 kedai dalam masa 2 tahun, contohnya. 

jadinya, berjaya atau tidak, perlu ditafsirkan dari sudut yang berbeza. 

Saturday 23 April 2016

Berniaga : Tak ada modal boleh ke berniaga?

ada seorang member tanya saya. dia kata pada saya, boleh ke kalau dia nak berniaga, tapi tak ada modal. Saya kata boleh. Dia kebil kebil. ok. saya sharekan sedikit apa yang selalunya orang salah anggap tentang MODAL. bila cakap pasal modal, orang selalu fikir tentang apa? haah. memang betul la tu. duit. asal cakap pasal modal je, orang terus je pikir yang modal tu sebenarnya adalah duit. tapi, modal tu bukan setakat duit. apa apa saja boleh jadi modal. skill kita, pengetahuan kita, minat kita, fikiran kita, basikal kita, kereta kita.. semua boleh jadi modal. modal berniaga. 

saya bagi contoh, kalau orang yang ada bakat merepair kasut. dia ada bakat. tapi tak ada duit nak berniaga. contoh la kan, dia langsung tak ada apa apa tools untuk repair. gam, benang, jarum semua tak ada. apa yang dia boleh buat adalah, cari order, then mintak customer sedikit deposit (untuk beli tools) dan siapkan keja. dapat duit, dia boleh beli tools yang lain disamping terus memajukan perniagaannya. 

nampak macam simple. tapi tak sesimple yang di sangka. cabarannya adalah bagaimana nak meyakinkan pelanggan, disamping nak cari pelanggan. 

cukup cukup la tu kan.. tak kan semua nak disudukan. perniagaan adalah mengenai kerajinan kita mendapatkan pelanggan, memberikan yang terbaik untuk mereka, menjaga mereka dan mendapatkan habuan daripada mereka. 

masa jugak macam orang yang ada skill membasuh kereta. tak ada modal nak beli baldi, sabun, kain dan sebagainya. 

so, betul la kan, berniaga nie bukan sebab duit sangat. tengok airasia. rasanya dia ada ke duit cash nak beli pesawat. mau kena kejar lhdn nanti kalau duit banyak sangat. apa yang dia buat, cuma meyakinkan pelabur dengan pelan perniagaan mereka. at the end, sekarang dah ada banyak pesawat. 

macam senang kan. tapi bukan la sesenang yang disangka. cabarannya adalah macam mana nak cari belabur dan meyakinkan mereka.  

Jalan Jalan : Selalu Singapore, tak tau pun apa maksud shortform highwaynya..

Rasanya ramai yang pernah pergi ke Singapore / Singapura. Tak kisah la atas urusan kerja atau just jalan jalan makan angin. Saya boleh katakan setiap minggu akan masuk ke Kota Singa, atas pelbagai urusan. Dibawah ini saya sertakan beberapa shorform highway yang selalu dilalui oleh semua orang terutamanya yang nak ke Changi Airport, atau USS

PIE - Pan Island Expressway
ECP - East Coast Parkway
AYE - Ayer Rajah Expressway
CTE - Central Expressway
BKE - Bukit Timah Expressway
TPE - Tampines Expressway
SLE - Seletar Expressway
KJE - Kranji Expressway
KPE - Kallang - Paya Lebar Expressway
MCE - Marina Coastal Expressway

Lepas nie, kalau masuk Singapore, jangan la rasa macam bongok sangat sebab tak tau pun apa maksudnya.. hehehe

Thursday 14 April 2016

Harimau Malaya : Debat apa gunanya

orang dah rebrand pasukan bola sepak tanah air dengan nama yang lagi best pun saya masih sebut harimau malaya. terpulang pada orang tu sendiri. saya bagi contoh, kalau najib razak tukar nama jadi zaidi ke,  norman ke, rasa rasa orang akan panggil dia dengan nama apa? ada orang yang panggi dengan nama baru dan ada jugak yang panggil dengan nama lama dia kan. sebabnya? sebabnya nama apa pun, akan merujuk kepada benda atau orang yang sama. 

174. kalau dalam bidang fung sui, cakap no nie tak bawak ong. memang betul pun. kalau duduk tangga ke 174 mana nak ongnya.. hahaha. ong ka ting pun lom tentu lagi. tak payah nak cakap pasal fung fui pun. kalau dah position macam tu, buang masa nak lantik consultant fung sui. tak payah tanya fung sui pun kita dah tau, no yang kita nak adalah no 1. clear?

depat. dah jadi macam trend sekarang nie, kalau ada apa apa issue, tak nak cerita panjang, terus je ajak debat. nak tengok sapa yang bangang dan sapa yang kurang cerdik berhujah. kalau adab main judi nie, kita jangan sekali kali ajak dulu, sebab orang yang ajak selalunya akan jadi lauk. emm tau kalau judi la. kalau bab debat pun lebih kurang kot. 

kalau 'debat' nie, biasanya merujuk kepada lawan cakap la dengan bahasa mudahnya. sapa pandai cakap dia menang. saya gagap gagap dia kalah. tapi berguna ke debat debat nie. lagi lagi debat yang berbaur politik. rasanya tak kemana kot. kejap je tu.. lepas debat, satu pegi kiri satu pergi kanan. habuk pun tak ada.

orang berpendidikan, matang, berjiwa besar tak patutnya ajak orang berdebat. sebenarnya semuanya kena selesaikan dengan cara yang sistematik. maksudnya? pernah dengar SIX SIGMA? PARETO? 5 WHY? semua tu adalah statistical proven method of solving problem. haah.. banyak company yang dah guna. samsung pakai, motorola pakai, toyota pakai, honda pun pakai. kenapa tak nak guna cara ni. tak tau mana nak cari expert dalam bidang nie? kenapa tak tanya je saya? ha.. email je ke alexander.zulkarnaien@gmail.com saya sedia melayan pertanyaan anda tanpa sebarang obligasi. hehehe. saya adalah seorang certified sixsigma blackbelt holder. 

dalam bola sepak, saya paling suka dengan bekas pengurus mu. alex ferguson. semasa bekerja kilang dulu, banyak yang saya praktikan dengan apa yang dia ajar. beli player, jual player, tukar player sini, tukar player sana, (dalam konteks organisasi, player ditukar kepada pekerja). sampai satu tahap, saya nak wujudkan satu website untuk jual atau beli pekerja. skill worker. management team dll. serious. 

member yang masuk business networking selalu cakap, kalau kita nak berjaya, kena la ikut macam orang yang dah berjaya. 

daripada kita sibuk nak berdebat, baik panggil orang yang berkenaan meeting, then cari solution. buat gantt chart dll. tengok progress, pdca dan sebagainya. 

manakan tidak saya cakap debat nie buang masa, nak tentukan tarikh debat pun dah mengambil masa 1 minggu. apa ke bangang kan.. lupakan debat, baik ajak orang yang sepatuynya duduk semeja, buat brainstorming serta blamestoming. 


 

Monday 11 April 2016

Berniaga : Jangan kecil hati kalau orang tak beli

masa tunggu result SPM keluar dulu, waktu tu tahun 1995/1996, saya sempat berkelana dan bercelana ke melaka. haah, melaka yang sangat bersejarah tu. waktu tu, mahkota marade tu baru je bukak, kapal perang tldm yang kat selekoh bandar hilir (muzium tlmd) pun dia baru letak. masa dia letak kapal tu kat situ, saya ada dengan rasa terujanya, menyaksikan crane mengangkat kapal tu dari carrier 100++ tayar ke tapak yang ada sekarang. kerja kerja menggrinding teritip pun diaorang buat kat situ. 

ahh.. tu kan zaman dulu. bukan nak cerita tu pun. kalau nak tau pasal history kerja yang saya pernah buat dari zaman dulu sampai sekarang, boleh je cari kat archive. 

kat melaka tu, saya buat beberapa kerja, salah satunya adalah direct selling. penny wholesale. tapi tu kerjaya direct selling ni agak glamor jugak. sebabnya kena pakai tali tie, kemeja, kasut hitam, seluar jeans tak dibenarkan. sambil angkut beg berisi barangan jualan, jumpa dari satu orang ke satu orang, sampai la barang yang kita jual tu habis. 

setiap pagi ada briefing dengan semua salesman yang lain. ops.. dia tak panggil salesman, dia panggil pegawai pemasaran. budak lepas sekolah dengar position pegawai, mau tak mengelitik.. hahaha.. so masa breifing tu memang untuk naikan semangat semua staff la.. ye la kan, kalau tak macam mana nak buat sales.. 

salah satu yang ditekankan adalah, kita ada 100 unit barang yang kena jual pada hari tersebut. sangat jarang berlaku, kita jumpa 100 orang, then barang kita pun habis dijual. jarang jarang. so, apa kena buat, kena jumpa sebanyak dan seramai orang. tak boleh putus asa. sampai la barang tu habis dijual. 

kita ada produk, atau service, jumpa la seramai orang. semaking ramai orang yang kita jumpa, semaking tinggi la peluang utk kita jual barang tu sampai habis. selain tu, ia melatih kita untuk berjumpa dengan ramai orang yang kerenahnya pelbagai. 

memang betul pun konsepnya. ada satu hari, saya approach satu brader dengan isteri dia tengah makan, saya cakap je, dia buat bodo tak berhenti makan. saya tak berhenti cakap, sampai dia malas nak dengar. then dia cakap, join dia makan, baru dia beli. serious, dia beli sampai 5. siap offer kerja dengan dia lagi. haha. satu kes lagi, satu brader (singh) dengan adik perempuan dia (saya ingatkan isteri dia), saya approach dia, then dia cakap tak nak beli. TAPI, adik dia nak ajak dating. hahahaha. <---- kisah benar. dah orang ajak dating, ok je la kan.. hehehe.. dating je pun..bukan buat apa.. 

tu la ceritanya.. so, jumpa la seramai orang. memang malu, memang segan, lama lama ok la tu. alah bisa tegal biasa, dah selalu, tak ada benda... 

Sunday 10 April 2016

Berniaga : Trend perniagaan offline 2016 - 2017

Saya bukanlah orang yang pandai dalam semua bidang perniagatan. selok belok perniagaan. tepuk tampar perniagaan. apa lagi sepak terajang dalam bidang perniagaan. orang orang sekarang, tak kira la apa gen sekalipun dia, semua beralih kepada bidang perniagaan yang berasaskan online. ada beberapa sebab, antaranya (terutama orang melayu) adalah kerana peniaga tu sendiri segan untuk bertemu dengan pelanggan, malu, segan dan lain lain

selain tu, orang orang kita beranggapan, pelanggan hanya terdapat di dalam media sosial. memang tak dinafikan la, memang ramai pelanggan yang ada di media sosial. tapi kita tak boleh la macam seluang kejar tahi. tahu tak seluang tu apa? seluang ni adalah ikan yang suka makan najis. selalu ada di sungai sungai. bila nampak tahi hanyut, banyak la ikan seluang yang berkerumun. emmm.. pun sama macam cari idea bissness. banyak benda yang kita boleh jual, tapi jangan la perangan turun temurun tak ubah ubah. nampak orang jual tudung je, kita pun jual tudung. bukan kita sorang je yang punya perangai turun temuruh. malah ada beratus KITA yang lain buat benda yang sama.. nampak akak jual tudung tepi jalan laris je jualannya, kita dan beberapa orang KITA pun jual benda yang sama. akhirnya, semua orang gulung tikar. 

ada juga fakta yang menunjukan bahawa promotion dimedia sosial nie cuma mengikut trend. ada perniagaan yang sesuai untuk dipromote di media sosial. ada jugak yang tak sesuai. barangan yang melibatkan pengguna akhir, contohnya makanan yang dah siap semua, tinggal makan memang sesuai. tapi kalau barangan atau perkhidmatan semi complete, lagi baik guna off line. 

ok. saya sebenarnya nak bercerita mengenai trend perniagaan offline yang sesuai pada musim ini dan beberapa musim buah akan datang. antaranya
1. perniagaan yang berkonsepkan pengguna akhir dan setempat - contohnya kedai jahit, kedai makan (concept), bengkel motor, bengkel kereta dll
2. perniagaan semi complete - barangan kilang elektronik yang memerlukan pemasangan beberapa komponen, barangan memerlukan pembersihan sebelum di pasarkan, barangan yang memerlukan kemasan akhir sebelum di pack dll.
3. perniagaan yang berkisar mengenai kitar semula - recycle paper, tin, metal, pemerolehan kembali buangan terjadual dll
4. perkhidmatan yang memerlukan personel tersebut datang ke rumah atau permis seperti pembersihan rumah, pejabat dan yang seumpamanya
5. perniagaan yang berkonsepkan support division contohnya maintenance website, fb page, blog, inspection, checking, audit dll.. 

tu just idea. kalau rasa nak guna pun boleh, nak masuk bakul sampah pun boleh. kita kan negara merdeka.  kalau ada apa apa, boleh je hantarkan email pada saya.. saya sedia menjawabnya tanpa sebarang obligasi.. (dah macam iklan jual rumah di singapore la pulak ekk)


Berniaga : Trend perniagaan tahun 2016 - 2017

Sekarang nie orang sana sini sibuk nak jual. kadang kadang tu, tengok kat FB group tu, macam lagi ramai peniaga, dari pembeli. kadang kadang tu, yang pun sesama pembeli.. hehehe.. lagi parah, tak ada orang beli. haru jugak. semua orang teringin nak jadi kaya. caranya, dengan berniaga. kalau online nie, apps yang biasa untuk promote barang jualan adalah instagram, facebook, google ads, blog dan website. ta k kurang jugak yang advertise dekat paid website macam mudah, jualo, lelong, ebay dan macam macam lagi la.

ada orang jual barang dari sekecik kecik barang, sampai la ke sebesar barang. semuanya ada dalam webstore. macam kedai runcit pun ada. ada barang boleh buat amcam tu, ada barang yang tak sesuai buat macam tu. lagi bagus kalau boleh jual barang yang sama jenis, tapi pelbagai design. contohnya, jual tudung, design ada 100 jenis. atau jual setokin, tapi ada 100 jenis setokin. atau boleh jual kuih tradisional, tapi pelbagai jenis. boleh jugak jual satu barang, tapi kita jual barang yang berkaitan. atau servis yang berkaitan. contohnya, jual handphone samsung, sambil tu jual speaker telefon, jual skrin protector, jual casing dan lain lain. sebenarnya yang saya nak bagi tau adalah fokus. jangan terlalu banyak dalam hotak, sampai nanti semua tak boleh nak jual. saya bagi contoh lain, tau tak ada berapa jenis produk yang dikeluarkan oleh syarikat dr vida si kuputih tu. yang laing famous adalah pamoga quputeh tu la.. tapi dia ada jugak jual barang lain. ku hijau, ku kuning, ku biru dan lain lain lagi.. hehehe.. tapi, dia fokus pada beberapa produk je.. yang dia dah buat research dan dia ada data yang produk tu boleh kedepan, so dia bagi naik produk itu la.. 

ok, bebel banyak, nie adalah beberapa produk yang boleh diketengahkan atau dijadikan idea business;
1. ubat kurus, ubat hilang jerawat, ubat putih, ubat gemuk, ubat kuat lelaki, ubat sakit kronik, ubat pencegah penyakit kronik, ubat pelbagai guna (contoh makan satu pil tapi berkesan untuk jerawat, asma, cirit birit dll)
2.  alat untuk mengempiskan perut, alat bagi tumbuh otot, alat bagi orang lekai / pempuan lagi kuat, alat memudahkan orang buat kerja - contoh chop stick yang tak payah nak susah skill menyepit dll
3. skim cepat kaya, piramid, skim tak payah keja tapi boleh jadi jutawan, skim pak man telo dll
4. kutu
5. makanan ready made, tahan lama, boleh terus guna
6. servis yang remeh temeh - lipat baju, kemas umah, gosok baju, cuci pinggan, urut, buatkan air dan macam macam lagi

emm ada lagi tak.. actually banyak lagi la. tu hanya sebahagian je.. kalau nak cuba tak salah. tak cuba pun tak apa... 

ok?

Saturday 9 April 2016

Harimau Malaysia : Siapa ABC?

Semalam saya menerima satu email. Secara ringkas, dia bertanya kepada saya, siapa ABC yang saya maksudkan. Dalam posting yang lepas [Harimau Malaysia : Agak agak kalau ABC jadi Presiden FAM, apa dia akan buat],

Saya ada mention tentang ABC. Tentu la ABC nie adalah seseorang. Tak kisah pun ABC nie sapa.. Just ganti nama je.. Mungkin seseorang yang ada keinginan yang tinggi dalam bola sepak tanah air, mungkin juga seorang guard yang bekerja di Stadium Shah Alam yang baru siap tu. Sapa sapa pun boleh. Tak jadi issue. 

Semua orang sayangkan bola sepak tanahair. Namun begitu, tak ramai yang ada cita cita besar. Adakah dengan memasang impian untuk masuk final piala dunia sudah memadai? nampak sangat tak ada cita cita kan. kalau ada cita cita, letak la sasaran untuk menjuarai piala dunia dalam masa 10 tahun akan datang. TAPI. kena la pasang strategi dari sekarang. jangka pendek dan jangka panjang. alamak!!! itu pun tak tahu ke.. 

banyak duit dah kita habiskan untuk bola yang sebiji tu. tapi setakat nie hasilnya tak ada. malas la nak megah megah sangat liga domestik. bangga sangat dengan piala suzuki. pas tu, prestasi tenggelam timbul. ok lagi la kalau timbul. tenggelam lama, susah nak timbul balik. 

So, tak ada issue ehh yang ABC tu. agak agak kalau kita letakkan pengarah strategi sebagai ABC tu ok tak? Emmmm...


Friday 8 April 2016

Harimau Malaysia : Agak agak kalau ABC jadi Presiden FAM, apa dia akan buat

174. Bukan la.. tu bukan no ramalan damacai. tu no terkini skuad harimau malaysia. Mesti semua orang tension ekk. tengok angka tu, semua jadi tension. terutama sekali orang yang minat bola la.. yang minat ping pong ke, bola jaring ke, softball ke, handball ke, tak heran pun. Ada dia kisah.. sebenarnya saya pun tak minat sangat la bola nie. Mungkin sebab umur dah agak lanjut kot. Dulu masa zaman Abas Saad and the gang, memang saya ikuti jugak la perkembangan bola johor dan malaysia. 

semua orang (kaki bola) tahu yang sekarang nie squad kebangsaan di latih oleh OKS. nak kata handal, memang handal la dia nie. banyak bukti yang dia nie memang bagus dalam mengendalikan squad bola sepak. piala afc pun dia pernah tapau. lebih handal lagi, dia bukan saja pernah melatih squad tempatan, squad luar negara pun dia pernah train. nak menambahkan kehandalannya, dia pun pernah ditawarkan kontrak untuk melatih squad kebangsaan asia tenggara yang lain. cuma dia tak nak je.. atleast, kebolehan dia diiktiraf oleh negara luar la.. negara luar nampak bakat dia dalam melatih player. 

dalam squad kebangsaan, (malu pulak nak cakap), ada sorang je yang pernah bermain dengan negara luar (setahu saya la ekk). safie sali. lain tak ada kot. main untuk kelab atau negeri lain ramai la kan.. dengan erti kata lain, walaupun squad negara nampak gah, tapi sebenarnya belum ada negara atau kelab yang sanggup untuk mengambil barang seorang dua pemain kebangsaan untuk bermain dengan mereka. tul tak.. 

bukan nak kata apa la kan, buat masa ini, hanya kelab tempatan yang sibuk mengambil pemain tempatan. dan pilihan pun tak la banyak sangat. balik balik yang berpindah majikan orang yang sama je.. mat yo, hai o, daud.. emmm tu je la. muka muka yang selalu kena jual beli dan masih laku walaupun dan agak berusia.. 

pointnya, kalau orang luar atau kellab besar pun tak nak dengan pemain kebangsaan, so apa maksudnya tu??? maksudnya lever permainan, skill, stamina, determination mereka tu tak sampai tahap yang sepatutnya. senang cakap, macam jaguh kampung je la.. bukan nak kata pasal dilamar kelab kelab EPL ke apa.. kelab dari timur leste pun tak ada yang offer player malaysia main sana. bukan kata timur leste, kelab dari lesoto pun lom ada yang offer. haa macam mana tu.. emm senang kata, jaguh kampung je la.. bunyinya macam  kasar, tapi tu le hakikatnya.. 

bila tanya pemain, sure la dia jawab, saya perlukan coach yang handal untuk menjadi pemain yang handal.. hehe.. 

kemudahan dimalaysia nie bukan main hebat la.. cakap je apa. sc sukan, stadium, diet, penyokong yang tegar, semua ada. cukup. complete. semua dah ada, dah kena payung pun. bukan setakat payung, tahap kemah dah nie.. hahahaha. tu pun tak nak latih sungguh sungguh. nak kena ketuk baru nak berlatih. emm macam mana tu ekk.. 

kalau tak keberatan, boleh tak saya bagi cadangan. walaupun tak seberapa. untuk menaikan mutu bola sepak malaysia, beberapa perkara perlu dibuat. antaranya pencarian bakat dari sekolah rendah. bukan saja cari, malah mungkin setiap negeri perlu ada minimum 5 pasukan bawah 7 tahun. train mereka untuk menjadi pemain setaraf bintang bola sepak yang lain. takkan la dalam satu negeri nie,  nak cari 5 pasukan pun susah.. nak atau tak je.. kalau mereka pada hari nie berusia 7 tahun, waktu umur mereka 17 tahun, dengan segala pendedahan yang bagus dan berkualiti, mereka mampu untuk menakluk pentas dunia. tak mustahil. dengan kemudahan yang ada, sudah tentu boleh. paling penting, pembangunan ini bukan berdasarkan apa, just merit. selain itu, ianya tidak berhenti. sentiasa berterusan

jemput pencari bakat dari luar untuk meninjau atau menilai player player muda yang kita ada. kalau mereka bagus, sudah tentu akan dilamar oleh pasukan luar. kalau tak bagus, tak boleh cakap apa la.. balik rumah, tolong mak angan ayahnya kat kampung.. 

selain itu, displin setiap pemain hendaklah pada tahap yang tertinggi.bukan saja tentang dispiln didalam padang, semasa latihan dan sebagainya. tetapi, pemilihan makanan yang sihat dan lain lain pun perlu. contohnya tak boleh isap rokok dan minum air berkabonat, so jangan la minum, walau pun curi curi. kalau tak, buat penat je training mati matian. bila kat atas padang , hampeh. 

cuba main bukan kerana duit semata mata.. dah dapat jadi pemain kebangsaan, manfaatkan la..jangan la main ala kadar je.. semua orang dah muak dah dengan alasan ngarut tu. 

tak nak lagi gaduh pasal duit royalti dan sebagainya. baru bersiaran didalam malaysia pun dah sibuk berebut pasal duit. emmm. banyak lagi yang perlu dilakukan untuk menaikan squad kebangsaan.. 

tq,


Berniaga : Bukan sesenang yang disangka

Dalam Islam, berniaga dikatakan 9/10 daripada punca rezeki. Memang betul pun. Tak ada sesapa yang mampu menyangkalnya.. Tapi, bukan senang berniaga nie. Banyak cabarannya.. Dan bukan semua orang ada bakat untuk berniaga. Ramai yang berniaga, akhirnya gulung tikar. Ramai yang berniaga hangat hangat tahi ayam. Baru berniaga dua tiga hari dah cabut lari. Malu, segan, tak pandai cakap dan macam macam lagi la alasannya.. Seribu satu alasan. 

Dari sudut negatif, memang banyak sangat contoh. 

Tapi.. dari sudut positif lagi banyak buktinya. Sebut je orang terkaya didunia. Dari Rank 1 hingga ke rang yang ke berapa tah.. semua adalah peniaga.. Tak ada pun satu orang makan gaji yang ada dalam list. Tak caya? Memang betul pun.. http://indiatoday.intoday.in/education/story/forbes-global-rich-list-2015-top-10-billionaires-in-the-world/1/422238.html <<< cuba cek.. ada tak yang bekerja makan gaji dalam list nie.. emm sori.. tak jumpa.. 

So.. memang betul la yang diajarkan didalam Islam.. Berniaga... 

Cuma.. kalau nak niaga, kena ada ilmu, modal, telinga yang pekak, mulut yang manis, hati yang bersih..Err.. hati tak patutnya ada.. sebab hati tak diperlukan untuk jadi peniaga.. sebab apa tak perlu ada hati.. sebabnya, kalau ada hati pun tak guna, sebab hati nak kena keraskan.. hahaha

Bagi yang dah berniaga, teruskan berniaga.. kalau muslim, niatkan niaga untuk bantu orang lain, Caranya dengan membayar zakat. Sedikit sebanyak boleh bantu orang lain jugak.. Bantu orang memerlukan.. 

Berniaga kena ada etika.. jangan iri hati dengan pesaing kita. Maksudnya, kalau nampak pesaing kita ramai pelanggan, kena pikir macam mana nak tarik pelanggan yang ramai macam dia jugak.. tapi bukan pikir macam mana nak amik pelanggan dia.. tu namanya tak ada etika.. kan ramai bangsa kita buat macam tu kan.. 

Berniaga pun perlukan lesen dan lain lain keperluan yang kerajaan yang dah tetapkan. kalau kena amik lesen pbt, pegi la amik. kalau kena amik kursus pengendalian makanan, pegi la.. Kan itu satu keperluan. tak nak jadi macam orang lain yang tak ada etika. patut kena amik lesen, tapi kita tak amik lesen. harga yang kita kenakan sama dengan orang yang ada lesen pulak tu.. tak ke melampau dan tak ada etika.. sama jugak macam UBER dan Grab Taxi. kalau saya jadi pemandu teksi, memang la saya marah, tak perlu amik psv bagai pun..dah boleh jadi pemandu teksi.. mesti la Uber dan Grab Taxi tawarkan harga murah.. abis tak perlu nak pergi puspakom bagai.. spad pun satu la. tak ada action. lain kali, jadi macam lembu cucuk hidung la spad nie dek uber dan grab taxi.. 

biar bertatih, tapi jangan berhenti berjalan. berniaga kena kuat semangat.. jangan toleh kebelakang.. jangan sibuk kritikan orang.. yang penting kita ada matlamat, jalan je terus... 

P/s : Gambar memang tak ada... ok bai...