Thursday 29 September 2016

PRU14 : Masih Relevan Lagi Ke Nak Kena Daftar Pengundi

Dunia dah semakin maju. semua capaian melalui internet. kalau kita just nak maklumat mengenai sesuatu, just duduk depan meja menghadap komputer yang ada talian internet, dah dapat semua maklumat yang kita inginkan. lagi canggih, just guna handphone, google apa yang kita nak, semua boleh dapat. pihak imigresen pun sama. nak tau sapa yang keluar malaysia, balik hari yang sama, atau pergi pagi tak balik balik sampai sekarang pun ada. pihak jabatan pendaftaran pun sama, tahu ada berapa kelahiran dan ada berapa kematian yang berlaku di malaysia setiap hari, setiap minit, setiap bulan dan tahun. semuanya ada dalam rekod (dengan syarat ada buat system maintenance la)

pendek kata, apa yang diperlukan oleh agensi kerajaan, semuanya boleh didapati didalam sistem database mereka. senang. duit kita ada berapa dalam bank pun diaorang boleh tau. bagi je arahan kepada pihak bank, dua tiga minit lepas tu, semua maklumat ada. kacang. 

tapi yang agak kelakar, dari zaman dulu hingga kini, kenapa masih lagi perlu daftar untuk menjadi pengundi. kenapa tak refer saja dalam sistem. berapa orang yang layak sebagai pengundi, dia duduk mana (ikut alamat ic), dia kerja di mana (ikut daftar kwsp), dia hidup lagi atau tak (ikut rekod jpn), dia ada lagi di malaysia atau tak (ikut rekod imigresen) dan semua tu boleh compile, then orang nie layak jadi pengundi. senang cerita, kalau kita layak mengundi pada umur 21 tahun, orang nie just pergi depan komputer atau handphone je, masukkan ic no (unique id) dan terus boleh cek dia mengundi di mana. kalau ikut alamat ic, ok fine. kalau ikut alamat surat beranak pun ok juga. cumanya, tak perlu nak daftar bagai. sebab daftar tu tak ada function pun. 

kata jabatan yang uruskan pilihanraya nie tak cukup orang, setiap kali ada pilihanraya je, sibuk cari part timer untuk keja ngan mereka, so kenapa nak tambah kerja. tak perlu la.. dah ada kemudahan teknologi maklumat, gunakan dan manfaatkan la.. kalau ketuanya dah berusia dan patut pencen, pencen la.. ganti dengan anak muda yang betul betul nak buat kerja. yang ada passion. ekk.. 

cuma satu je nak tanya.. perlu lagi ke nak daftar pengundi nie.. uekkkk