Tuesday 23 August 2016

Merdeka kah kita?

Merdeka itu dimana? banyak sangat tafsiran mengenai erti kemerdekaan. Ada yang kata, kalau negara tidak dijajah, tu dah kira merdeka la. iye ke? ada pulak yang kata, minda kita tidak dijajah tu dah kira merdeka la.. iye ke? ada pulak yang cakap, kalau lepas exam spm ke, pt3 ke, tu dah kira merdeka la.. iye ke? 

tak kisah la apa erti kemerdekaan pada awak awak semua. tafsirannya pelbagai. ikut situasi. kalau orang yang kena penjara seumur hidup, kalau dia dibebaskan, maunya tak merdeka ye tak. kalau isteri yang kena gantung tak bertali selama 10 tahun, sekali lakinya lafaskan talak pada dia secara sah di mahkamah, maunya dia tak rasa merdeka.. so.. memang maksud merdeka tu sangat subjektif. bergantung pada individu itu sendiri

kalau dalam konteks negara, memang betul la, kalau tak ada penjajahan secara direct macam inggeris menjajah suatu ketika dulu, atau masa zaman pemerintahan jepun dulu, so dah kira merdeka. setapak lebih ke hadapan, lepas merdeka daripada penjajahan secara terus oleh pihak penjajah, ada ke pengaruh penjajah dalam pelbagai bidang? contohnya hala tuju negara diadun oleh pihak luar. contohnya sistem gaya dan sistem pemerintahan yang ada sekarang nie, siapa yang menggubal? adakah kita rakyat? atau kita hanya mengguna pakai sistem yang ditinggalkan penjajah. jadinya, sekarang kita dijajah lagi ke?  contoh lain, dasar luar negara yang diamalkan oleh malaysia, adakah ianya dipengaruhi oleh negara luar seperti us, uk, china, rusia dan lain lain negara? contoh lain lagi, dalam bidang ekonomi, adakah kita benar benar merdeka setelah 58 tahun negara merdeka? adakah sistem yang ada sekarang adalah sistem yang kita kehendaki? atau memang sistem yang sedia ada dari sejak dulu? 

ini just pandangan saya, kalau kita lihat sistem ekonomi, pendidikan, ketenteraan, atau apa apa jugak bidang, semua ada pengaruh pihak luar, terutamanya pihak bekas penjajah. biasanya orang akan cakap, mereka lebih maju dari kita, kita ikut je apa yang dah ada.. betul tak.. tapi, adakah ini betul? jadinya adakah kita sudah merdeka sebenarnya? 

sampai bila pun sebenarnya kita tak adakan merdeka. selagi kita menggunakan apa yang telah ditinggalkan oleh mereka suatu ketika dulu. kita dah ramai orang bijak pandai, apa salahnya kita gunakan sistem yang kita bangunkan sendiri. sistem orang malaysia yang pelbagai kaum. atau apakah memang kita selesa dengan apa yang telah ditinggalkan. 

merdeka kah kita?