Sambungan cerita mengenai umur dan masa yang kita habiskan seharian yang saya telah post last week. Minggu ini, Berita Hairan (Berita Harian) menerbitkan artikel yang berkaitan dengan masa juga. Kalau ada masa, baca la.. Sebenarnya kalau nak bercerita mengenai masa nie, memang tak akan habis pun..
Hargai nikmat sihat, masa lapang
Rasulullah SAW bersabda: “Terdapat dua nikmat (Allah) yang kebanyakan
manusia sering lupakan, (iaitu) nikmat sihat dan nikmat kelapangan
masa.” (Riwayat Bukhari)
Manusia
dikurniakan Allah pelbagai nikmat yang tidak terhitung banyaknya dan
tidak pernah putus. Nikmat itu diberi Allah secara percuma dan tidak
dituntut
kepada hamba-Nya membalas segala pemberian-Nya kerana se memangnya
manusia tidak akan berupaya berbuat de mikian.
Allah berfirman: “Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang
dilimpahkan-Nya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya
satu persatu.” (Surah an-Nahl, ayat 18)
Manusia hanyalah bersyukur atas segala nikmat kur niaan-Nya. Tanda
mensyukuri nikmat ialah memanfaat kannya kepada perkara kebaikan,
manakala mengkufuri nikmat ialah menyalahgunakan nikmat Allah dengan
mengundang kemurkaan-Nya.
Persiakan nikmat
Sungguh benar ucapan Rasulullah SAW itu kerana didapati ramai manusia
yang dianugerahkan Allah nik mat kesihatan dan kelapangan masa tetapi
mereka men sia-siakannya. Sebaliknya, mereka tenggelam dalam ke lekaan
dan keseronokan semata-mata.
Manusia mengira bahawa kesihatan dan kelapangan masa yang sedang
dikecapinya adalah hal biasa-biasa saja dan tidak akan hilang. Padahal
nikmat sihat dan masa lapang diberi Allah supaya Mukmin berlumba
melakukan kebaikan dan amal soleh sebagai bekalan menuju
ak hirat.
Dalam keadaan sihat, ramai pula yang melakukan pelbagai perbuatan
maksiat dan kejahatan tanpa merasa malu kepada Allah. Manusia seperti
ini ternyata telah mengkufuri nikmat iaitu menggunakan anugerah Allah
untuk menderhaka kepada-Nya.
Perlu diinsafi manusia tidak selalu berkeadaan sihat. Masa sihat boleh
bertukar kepada keadaan sakit kerana kedua-duanya adalah pemberian dan
ketentuan Allah.
Jika sewaktu sihat seseorang Mukmin itu mensia-siakan ibadahnya kepada
Allah dan beramal soleh, maka pe nyesalan akan menimpanya apabila
ditimpa sakit kerana sewaktu sakit, segala ibadah dan kebajikan tidak
mampu dilakukan.
Lebih malang lagi jika sakitnya berterusan dan Allah tidak mengembalikan
semula kesihatannya, bermakna ia tidak lagi punya kesempatan untuk
beribadah dan ber amal soleh serta menebus dosanya yang lalu.
Nikmat kelapangan masa juga banyak dicuaikan ma nusia. Masa lapang
sepatutnya dimanfaatkan untuk ba nyak mengingati Allah melalui pelbagai
amal ibadah, mencari ilmu untuk kebaikan dunia dan akhiratnya serta
memperelokkan akhlak.
Namun ramai manusia terpedaya dengan nikmat masa lapang. Masa lapang
mereka berlalu begitu saja tanpa pengisian yang berfaedah atau aktiviti
berunsur keba jikan. Jika dalam masa yang lapang pun mereka tidak
mengingati Allah, apalagi dalam keadaan sibuk mengejar
keuntungan dunia.
Tiada penghargaan terhadap nikmat kelapangan masa menyebabkan ramai
manusia menghabiskan masanya secara sia-sia, sedangkan setiap detik masa
terlalu ber harga dan umurnya turut berlalu.
Nasihat ulama Ibnul Jauzi baik dijadikan renungan. Katanya: “Terkadang
manusia berada dalam keadaan sakit, tetapi ia tidak mempunyai kelapangan
waktu di sebabkan kesibukan mengerjakan urusan dunianya. Dan terkadang
pula seseorang itu punya masa lapang, namun
ia dalam keadaan sakit. Apabila terkumpul pada se seorang waktu lapang
dan nikmat sihat, maka sungguh akan datang rasa malas dalam melakukan
ketaatan (ke pada Allah). Itulah manusia yang telah terpedaya.
Katanya lagi: “Dunia adalah ladang beramal untuk dituai hasilnya di
akhirat. Sesiapa memanfaatkan waktu lapang dan sihat dalam rangka agenda
ketaatan, maka dialah yang akan berbahagia. Sebaliknya sesiapa mem
pergunakan kedua-dua nikmat itu dalam kancah ke maksiatan,
dialah yang benar-benar telah tertipu. Se sudah waktu lapang, akan
datang waktu yang dipenuhi kesibukan. Demikian pula sesudah masa sihat,
akan datang pula kesakitan yang tidak menyenangkan.
Pesan Nabi SAW: “Pergunakan lima perkara sebelum datang lima perkara
lain, (iaitu) masa mudamu sebelum masa tuamu, masa sihatmu sebelum
sakitmu, masa kayamu sebelum masa miskinmu, masa lapangmu se belum masa
sibukmu dan masa hidupmu sebelum ma timu.” (Riwayat
al-Hakim)
No comments:
Post a Comment