Dimana hilangnya kapal terbang MAS MH370? Persoalan demi persoalan mengenai keadaan dan lokasi sebenar MH370 terus menjadi misteri. Bukan sahaja ahli keluarga dan sahabat terdekat, malah semua orang diseluruh pelusuk dunia ternanti nanti khabar berita mengenai MH370 ini.
Rakyat Malaysia sudah melakukan apa yang terbaik demi kesejahteraan anak kapal dan penumpang. Dari sekeping kad ucapan hinggalah sepotong doa untuk mereka yang terlibat. Tapi sehingga kini, khabar gembira masih belum didengar lagi. Hikmah besar apakah yang bakal kita terima dengan kejadian ini. Atau hikmah itu telah lama muncul tetapi kita saja yang tidak menyedarinya.
Lokasi penacarian bertukar ganti : dari Laut China hinggalah di Selatan Lautan Hindi dan berubah semula ke kawasan lain di Kawasan Lautan Hindi. Betapa sukarnya mencari sebuah kapal terbang MAS ini. Sehinggakan pihak berkuasa Aus menyatakan yang pada ini mereka bukanlah mencari kapat terbang tersebut, tetapi sedang berusaha mencari kawasan pencarian. Sekiranya kawasan pencarian sebenar telah dijumpai, maka barulah mereka akan mencari kapal terbang tersebut.
Beberapa persoalan yang boleh ditimbulkan;
Pertama, terlalu banyak satelit pencerapan yang berada diorbit, tetapi tiada satu pun yang mencerap pergerakan MH370. Tidak tahu samaada MH370 tidak dicerap, ataupun negara pemilik satelit tersebut tidak mahu berkongsi dengan Malaysia mengenai maklumat tertentu. Saya yakin, ada beberapa satelit yang mencerap pergerakan MH370 ini, sekiranya beberapa maklumat satelit ini dikumpulkan dan disatukan, maka ia akan memudahkan pencariannya
Kedua, teknologi radar yang dimiliki oleh negara negara yang dilalui MH370 buat kali terakhirnya, juga pasti dapat mengesan kedudukan kapal terbang tersebut, atau paling tidak pun radar bumi milik Tentera US yang berada di Digeo Garcia, dengan mudahnya mengesan kapal terbang tersebut
Ketiganya, mana perginya imej imej yang dikesan oleh satelit China dan France yang mencerap beberapa objek yang besar saiznya? Apakah objek tersebut hanya ilusi satelit satelit tersebut? Objek objek ini mungkin mempunyai kaitan dengan kelilangan MH370, tetapi pencarian objek tersebut dibuat dengan sambil lewa, tak jumpa pun tak apa.. emm
Kesimpulannya, machine yang manusia cipta memang nampak hebat. Kapal terbang, satelit, dron, Bluefin, kapal selam, kapal pencarian dilaut, GPS dan macam macam lagi gajet lain. Tapi manusia sebagai pencipta barangan tersebut lagi hebat, dimana mereka boleh menipu-lasi (menipulasi) barangan tersebut. Tapi, kita kena ingat, pencipta yang menciptakan otak manusia, itu adalah Maha Hebat.