Mulai
1 Jan 2014, cuti hujung minggu (Hari Rehat) pekerja yang bekerja dengan
kerajaan dan badan berkanun di Negeri Johor Darul Ta'zim akan bertukar
daripada Sabtu dan Ahad kepada Jumaat dan Sabtu atas beberapa sebab
antara lain bagi memudahkan umat Islam di Negeri Johor untuk menunaikan
ibadah Solat Jumaat.
Antara
yang terlibat adalah, Pekerja Pos, Hospital, Majlis Daerah, sekolah
sekolah dan yang seangkatan dengannya. Bagi pekerja swasta, mereka tidak
tertakluk kepada pekeliliang baru yang telah di umumkan oleh Sultan
Johor itu.
Ada
baik dan ada buruknya. Baiknya adalah memudahkan mereka yang beragama
Islam untuk menunaikan ibadah Solah Jumaat. Selain itu, bagi mereka yang
mempunyai anak lelaki, juga boleh membawa bersama akan mereka untuk
menunaikan solat juga.
Sebenarnya tidak banyak kebaikan yang boleh kita lihat dengan penukaran hari rehat ini. Mungkin ianya memberi kebaikan kepada;
1. pekerja kerajaan sahaja,
2. pekerja yang telah berkahwin dan mempunya pasangan yang bekerja dengan kerajaan juga,
3. pekerja swasta yang telah berkahwin tetapi tidak mempunyai anak atau anak masih belum bersekolah,
4. serta pekerja kerajaan yang mempunyai pasangan yang juga terdiri dari pekerja kerajaan serta mempunyai anak yang bersekolah
Manakala mereka yang tidak menerima apa apa manfaat atau terbeban dengan pertukaran hari rehat ini adalah;
1. pekerja swasta
2. pekerja swasta yang berkahwin dengan pasangan yang terdiri dari pekerja kerajaan
3. pekerja swasta yang berkahwin dengan pasangan yang terdiri dari pekerja swasta serta mempunyai anak yang bersekolah .
Cuba
kita bayangkan, seorang yang pekerja swasta yang berkahwin dengan
pasangan yang terdiri dari pekerja kerajaan atau pekerja swasta yang
berkahwin dengan pasangan yang terdiri dari pekerja kerajaan atau pekerja swasta yang berkahwin dengan pasangan yang terdiri dari pekerja swasta serta mempunyai anak yang bersekolah.
Sila perhatikan analisa bodoh yang saya buat seperti dibawah;
Sektor Pekerjaan | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad | Isnin | |
Suami | Supervisor Kilang | Kerja | Kerja | ½ Hari | Cuti | Kerja |
Isteri | Guru | Kerja | Cuti | Cuti | Kerja | Kerja |
Anak | Darjah satu | Sekolah | Cuti | Cuti | Sekolah | Kerja |
Hari yang membolehkan ayah, ibu
serta anaknya berkumpul adalah hari sabtu. Itupun sekiranya ayahnya
bekerja 5.5 hari seminggu. Lebih malang lagi, bagi mereka yang bekerja 6
hari seminggu.
Seperti mana yang kita tahu, tahun
2014 adalah tahun melawat Malaysia. Johor juga tidak kurang tempat
tempat yang menarik untuk dilawati. Tapi, kalau kita sendiri tak ada
masa untuk berjalan bersama keluarga, macam mana kami rakyat Johor yang
terpinggir ini untuk bersama sama menjayakan kempen tahun melawat
Malaysia? Mungkin negeri Johor tidak terlalu bergantung kepada pekerja
swasta kerana jumlah pekerja kerajaan terlebih ramai jika dibandingkan
dengan pekerja swasta serta pelancong dari seberang tambak yang
mempunyai kuasa beli lebih tinggi. emm
Sepatutnya mereka yang berada
didalam pentadbiran negeri menyedari perkara ini sebelum membuat
keputusan seperti ini.. pun kena memikirkan implikasi kepada rakyat
secara keseluruhannya. Apapun, keputusan telah dibuat dan diumumkan.
menarik balik keputusan yang telah diumumkan adalah sesuatu yang
mustahil. Apa yang boleh dibuat adalah menyamakan cuti antara swasta dan
kerajaan. Perlaksanaan (wajib) perlu di wartakan kepada semua
organisasi yang berada di Johor..
Sebagai seorang rakyat Johor, yang
membayar cukai (cukai Tanah, cukai pintu, cukai pendapatan, cukai
perniagaan, cukai perkhidmatan, tol, tidak ketinggalan zakat pendapatan
dan pelbagai jenis cukai dari zaman kesultanan ke era penjajahan
seterusnya zaman merdeka), kami memohon mereka yang terlibat, mungkin
Menteri Besar Johor untuk memandang semula isu ini dengan telus.
Boleh?
Rakyat mengeluh...tapi adakah mereka sedia memandang dan mengkaji permasalahan ini...Sudah jelas dulu pernah diseragamkan tapi kenapa di tukar kembali jadi tak seragam, pelik. ???
ReplyDeleterakyat sebagai golongan majoriti dalam sesebuah negara. semua orang tak menafikannya. tapi rakyat juga yang menjadi bahan kepada pemerintah sesebuah negara. bak kata melayu dahulu, kita umpama mentimun.
ReplyDelete