Wednesday, 11 January 2012

Kegilaan Terhadap Internet dan Facebook

Saya yakin, pada masa sekarang ini, kalau ditanya pada anak-anak kecil mengenai satu perkara ini, pasti mereka akan tahu. Tanyalah pada anak-anak anda yang bersekolah rendah tentang Facebook (FB) atau dalam bahasa Melayunya 'mukabuku'. Semua orang tahu mengenainya. Ia telah menjadi satu fenomena yang tidak dijangka oleh orang-orang zaman sekarang. Malah, pengasasnya juga tidak menjangkakan kemunculan social web facebook.com ini akan menjadi kegilaan.

Ada orang menjadikannya lagu, ada orang menjadikannya sebagai tempat pertemuan kawan-kawan lama, first love masa sekolah, tempat melepak versi baru, tempat untuk mencari jodoh, tempat mengkantoikan pasangan masing-masing, tak kurang juga yang menjadikannya tempat untuk memaki hamun orang lain disamping tempat untuk mencari maklumat dan berniaga secara online. En. Pendek kata (bukan saya yang kata), facebook nie bukan saja digunakan untuk kebaikan, malah mengundang kepada keburukan jika disalahgunakan.

Dah banyak sangat kes yang kita dengar di radio, atau pun di TV malah di akhbar juga selalu menceritakan tentang kebaikan dan keburukan mengenai FB ini. Ada yang suami curang kantoi dengan isteri, ada yang isteri jumpa bf masa kat sekolah menengah dulu, ada anak-anak yang lari ikut bf onlinenya, ada juga yang jumpa pasangan hidup didalam facebook ini.

Sebenarnya fenomena ini facebook ini tercetus kesan daripada fenomena internet yang sangat berleluasa sejak akhir-akhir ini. Internet bermula di Malaysia pada awal tahun 1995 dimana pada masa itu penggunaan modem 128.8kbps telah diperkenalkan oleh Telekom Malaysia (TM). Pada masa tersebut, aplikasi internet terbatas kepada website dah yang paling popular adalah chat room seperti IRC, MIRC dengan room seperti mamak dan kampung mendominasi disegenap minda internet user.

Selepas itu, diperkenalkan pula modem 512kbps yang dicanang-canang sebagai internet berkelajuan tinggi pada zaman tersebut (dalam tahun 1996/97). Pada masa ini, yahoo.com, lyocos.com, cari.com.my adalah antara player utama dunia internet. Cyber cafe tumbuh bagai cendawan. Pada masa itu, caj perjam adalah RM8 hingga RM12. Tapi, pelanggan tak putus-putus dari pagi hingga ke malam.

Selepas era modem 512kbps, diperkenalkan pula data transfer yang lebih pantas dengan menggunakan fiber optik sebagai medium perantaraan dikenali sebagai broad band. Pada masa itu, data yang berkapasiti tinggi seperti music dan video mula diupload didalam website untuk tatapan pengguna.

Kini era wired broadband mula menampakkan kesuraman apabila wireless technology mula mengambil alih. Dengan menggunakan USB dongle yang bersaiz ibu jari tangan, membolehkan pengguna mencapai data yang berkapasiti tinggi sehinggakan real time video dan voice transfer dapat digunakan dengan mudah (walaupun masih terdapat beberapa second delay)

Industri internet dan yang berkaitan dengannya tidak pernah tidur. Para engineer, programmer, designer dan pemikir-pemikir didalam industri terus berfikir untuk memberikan suatu produk yang memudahkan pengguna melayari internet dan menggunakan applikasi yang lain dengan pantas.

Walaupun pada suatu masa dulu, tablet pc yang diperkenalkan oleh microsoft pernah gagal didalam pasaran, tetapi pesaingnya; apple menghidupkan semula dengan memperkenalkan peranti-peranti yang lebih mesra pengguna. Pada saya, tablet pc yang diperkenalkan oleh microsoft bukanlah suatu produk yang gagal didalam pasaran, tetapi ia adalah produk yang diperkenalkan terlalu awal sebelum zamannya. Orang pada masa tersebut belum memerlukan peranti seperti itu lagi, tetapi apabila ia diperkenalkan semula pada zaman ini, ia menjadi suatu kegilaan disamping software yang juga diperlukan oleh pengguna masa ini.

Bidang ini sebenarnya tiada penghujungnya sehinggalah ada suatu yang lebih 'best' yang menggantikannya pada masa akan datang.

No comments:

Post a Comment