Thursday, 19 January 2012

Persamaan Proton, Perodua dan Naza

Sebut saja mengenai Proton, Perodua dan Naza, boleh dikatakan semua orang yang cukup umur pasti mereka tahu, siapa mereka bertiga ini. Mereka adalah pemain utama industri permotoran tempatan. Proton bermula pada era 80an diikuti oleh Perodua dan terkini Naza. 
 
Ketiga-tiga pemain ini bemula dalam keadaan yang sama. Dimana mereka memulakan perniagaan mereka sebagai pemasang kereta berjenama luar negara. Pada awal penubuhan Proton (sehingga sekarang sebenarnya), mereka memasang kereta berjenama Saga yang diadaptasi dari jenama Mitsubishi. Proton Saga, Proton Saga Aeroback, Wira, Wira Aeroback, tidak ketinggalan Iswara dan Iswara Aeroback, Juara, Naib Juara (pandai-pandai je aku nie), seterusnya Wira, Wira aeroback, Gen2, Gen2 sedan (Persona), Satria, Satria Neo, Savvy, BLM dan beberapa lagi jenis kereta.  Sebahagian besar dari kereta yang dilable sebagai jenama kebangsaan adalah sebenarnya kereta ciplakan Jepun.

Perodua pula bermula dengan kerjasama antara Daihatsu juga sebagai pemasang kereta yang dilable kereta kereta nasional kedua selepas proton. Mempunyai beberapa list nama-nama binatang seperti Kacil, Kelisa, Rusa, Kambing (emm pandai- pandai lagi aku nie..) Viva (nama samaran bagi Perodua Keldai), Alza (nama samaran Perodua Cicak Tokek). Semua adalah barangan luar negara yang di beri nafas baru, dengan nama samaran yang baru yang sedap di dengar oleh masyarakat tempatan Malaysia..

Naza juga tidak kurang hebatnya.. walaupun tidak mendapat status sebagai pengeluar kereta nasional ketiga, namun mereka cukup berbangga dengan deretan kenderaan 100% copycat yang juga jenama luar, yang dipasang di Malaysia. Suria, Citra, Ria, dan beberapa kereta Eropah yang diimport dan biberikan nama samaran mengikut citarasa orang Malaysia. 

Industri permotoran negara sebenarnya tidak mendapat apa-apa manfaat selain daripada memberikan peluang pekerjaan kepada orang-orang tempatan sama ada yang mempunyai pendidikan tinggi atau sekadar pendidikan asas. 

Terus terang saya katakan, walaupun mempunyai kereta Proton, Perodua dan Naza, saya sebagai rakyat Malaysia sebenarnya langsung tidak berbangga dengan pencapaian ketiga-tiga syarikat permotoran ini. Tiada apa yang perlu dibanggakan kerana hasil yang dikeluarkan oleh mereka bukanlah hasil anak-anak tempatan sepenuhnya. Hanya kerana sebahagian besar komponen terdiri daripada manufacturer tempatan, ia di claim sebagai kereta nasional.

Proton dan Perodua sepetutnya sudah mampu menghasilkan suatu produk orang local yang boleh dibanggakan oleh semua rakyat. Apakah pada usia melebihi 10 tahun, masih bergantung kepada kepakaran luar untuk membuat kereka. Apakah masih tida jurutera yang boleh menghasilkan enjin? Apakah jurutera yang ada tidak mempunyai kualiti yang sepatutnya ada didalam diri seorang jurutera? 

Proton, Perodua dan Naza janganlah hanya mementingkan sales semata-mata hinggakan matlamat asal penubuhan syarikat lari dari tujuan asal. Jadilah sebuah syarikat yang lebih bermaruah.. dan bukan hanya menjadi seperti peminta sedekah yang ngangakan mulut mintak disuap.

No comments:

Post a Comment