Setiap majikan tidak kira apa juga bidang perniagaan sangat-sangat mengimpikan seorang pekerja yang setia. Pernah beberapa kali semasa menghadiri interview dengan beberapa syarikat, penemuduga (biasa dari bahagian Sumber Manusia - HR) bertanyakan samaada kita adalah seorang pekerja yang setia kepada syarikat! Bila dalam sesi temuduga tersebut, saya mengatakan; " Ya, saya seorang yang setia dalam kerja yang saya lakukan". Selepas itu beberapa soalan dilontarkan kepada saya. Saya pun dengan selamba memberikan beberapa contoh kepada HR tersebut. Antaranya, saya bekerja dari jam 8am sampai jam 6pm. Waktu kerja saya adalah dari jam 830 hingga jam 530. Selain itu saya jika membuat kerja, selalu terlajak lunch hour selain skip brakefast dan tea brake, selain itu saya jika outstation, saya tidak pernah melencong ke tempat lain untuk tujuan yang bukan-bukan melainkan berkenaan kerja dan keperluan alami, serta beberapa contoh yang lain.
Dengan sinis, HR tersebut mengatakan kepada saya, ITU SEMUA BUKAN SETIA!!! Apa yang dia maksudkan setia adalah jangka masa service dengan syarikat tersebut!! Sekiranya pekerja tersebut bekerja melebihi 5 tahun, maka dia bolehlah di anggap setia. Lagi lama lagi setia.
Saya tanyakan kepada HR tersebut, jadi bagaimana pula halnya jika satu pasangan yang telah berkahwin selama 20 tahun, tetapi dalam masa yang sama, pasangan tersebut mempunyai kekasih diluar?? Dengan muka yang berubah, dia menjawab, "itu masalah keluarga"....
Sebenarnya, pada masa ini, jumlah tahun perkhidmatan kepada sesebuah organisasi atau syarikat bukanlah pengukur kepada kesetiaan kepada organisasi tersebut. Ia mungkin boleh diguna pakai beberapa puluh tahun terdahulu, tetapi, perkara ini sudah tidak relevant langsung pada zaman ini.
Tiada guna menyimpan seorang pekerja yang telah berkhidmat selama 20 tahun, walhal selama ini banyak perbuatannya didalam syarikat tidak memenuhi apa yang sebenarnya dikehendaki oleh syarikat.
Pada zaman ini, kejujuran seseorang pekerja sepanjang berkihdmat dengan syarikat bolehlah disamakan dengan kesetiaannya kepada syarikat tersebut. Sekiranya seseorang pekerja tersebut bersikap jujur dan dia telah berkhdimat selama 20 tahun, jumlah tahun perkhidmatannya kepada syarikat tersebut adalah suatu bonus kepada syarikat tersebut.
Banyak ketidaktentuan didalam pekerjaan pada masa ini yang mana pekerja mengambil kesempatan dengan jawatan yang dipegang, contohnya seorang Purchaser mendapatkan komisyen dari supplier kerana Purchaser tersebut membeli barang atau perkhidmatan daripada supplier tersebut, atau seorang Manager pergi bermain golf dengan supplier kerana supplier tersebut ingin mendapatkan projek daripada syarikat dimana manager tersebut bekerja, atau seorang Kerani meminta kawannya membelanjanya terlebih dahulu sekiranya kawan sekerjanya ingin meminta dia membuatkan sesuatu mengikut masa yang telah ditetapkan, walhal itu adalah tangungjawabnya, dan macam-macam lagi cara orang mencilok dalam pekerjaan.
Apa yang penting adalah sikap yang jujur yang perlu ditanamkan didalam diri seseorang itu.
No comments:
Post a Comment