Friday 16 May 2014

1947 dan 2014 : Kehidupan Adalah Susunan Beberapa Peristiwa Yang Berulang-ulang

Assalamualaikum. Salam / Akum / As Salam dan macam macam lagi ungkapan salam sejahtera kepada orang yang kita sayang. Dalam Islam, ungkapan itu adalah doa sesama kita. Tapi, banyak jugak perkataan yang digunakan atas tujuan yang sama, tapi hanya berbeza dari segi sebutan. Dan ada yang mendakwa ianya membawa maksud yang tidak baik. emm.. susah nak cakap. Memang kalau ikut logik, lain perkataan, maksudnya juga berlainan. Cuma ada jugak perkataan yang sama erti.. tapi tak banyak.. Tu belum lagi, perbandingan antara bahasa. Contohnya bahasa Melayu dan bahasa Indonesia. "KAPAN" dalam bahasa Melayu bermaksud Pembungkus Mayat, dalam Bahasa Indonesia, bererti 'Bila'. So, walau apa pun ucapan salam kita pada orang lain, niatkannya pada perkara yang baik... insyallah ianya adalah doa yang baik jugak.. amin...

Tapi, tu bukanlah apa yang saya nak ceritakan di sini sebenarnya. Sebenarnya saya nak menulis mengenai peristiwa yang berlaku pada hari ni, pernah juga berlaku pada suatu masa dahulu. Bezanya, cuma siapa, bila dan dimana. Contohnya, kalau peristiwa MH370 yang hilang tanpa khabar berita, sebenarnya banyak jugak pesawat yang hilang sampai sekarang pun belum jumpa lagi, atau apa yang kita buat sekarang ini, juga sedang dilakukan oleh orang lain jugak, cuma dilakukan oleh orang yang berbeza, ditempat lain. Kita sekarang ini sedang membaca, dan tanpa kita sedari beberapa orang lain ditempat lain juga sedang membaca blog yang sama.. Maksudnya.. dalam berbilion manusia dimuka bumi ini, hanya terdapat beberapa perbuatan yang berlainan, tapi pelakunya berbeza.. 

Kenapa?? baru sedar dengan apa yang berlaku kan.. Tak seronok sangat sebenarnya hidup kita ni kan.. kita hanya meniru apa yang orang lain sedang buat. Dan orang lain juga sedang meniru apa yang kita sedang buat.. emmmm...

Tu la hakikatnyakan... Sama jugak seorang bapa, bangun pagi pergi kerja, buat keja kat tempat kerja, cukup masa balik, mandi, makan, main ngan anak anak, ngan wife.. tido.. dan esoknya juga sama.. Isteri pun sama.. anak pun sama... 

Ada idea tak macam macam mana nak buat hidup lagi ceria.. ??

Apa yang kita lakukan pada masa ini, sekiranya kita tidak meniru perbuatan orang lain, kita dianggap sebagai gila, sebab buat sesuatu yang tak pernah orang buat. Kenapa ekk.. walhal kita hanya ingin mencari kelainan.. 

Cuba carikan saya satu perbuatan yang tak ada didalam kamus (maksudnya perbuatan tu tak pernah wujud lagi sebelum ini), Kalau ada sesapa yang boleh berikan, emm emailkan pada saya.. alexander.zulkarnaien@gmail.com

wassalam