Wednesday 9 July 2014

FIFA World Cup 2014 : Keputusan Perlawanan Akhir German Vs Argentina


Setelah German berjaya menundukkan gergasi bola sepak Latin - Brazil, satu lagi pasukan melayakan diri ke final FIFA World Cup 2014 - Argentina, setelah menumpaskan finalist edisi yang lepas - Belanda. Pastinya pertembungan dua gergasi masing masing dari Eropah dan Latin ini, menjanjikan permainan yang menarik antara kedua dua pasukan. 

Namun begitu, sekiranya kedua dua pasukan mempamerkan corak bertahan seperti yang di sajikan Belanda pada perlawanan separuh akhir semasa menentang Argentina, mungkin peminat bola sepak berhadapan permainan hambar pada perlawanan akhir nanti. 

Apa yang peminat harapkan adalah, kedua dua pasukan saling berbalas serangan serta bertahan pada masa yang sama. Jumlah jaringan gol adalah tidak penting bagi seorang peminat bola sepak, kecuali la mereka bertaruh sesama mereka atau mereka adalah joki bola. hihi

Apa pun, selain bergembira dengan pasukan luar yang kita sokong, kita juga berharap dalam beberapa tahun akan datang, kita akan menyokong pasukan Malaysia untuk beraksi bersama barisan finalist FIFA World Cup 20xx. Rasanya, penyokong tempatan sudah penat menjerit diluar padang menyokong pasukan negeri atau kelab yang beraksi di Liga Super. Kami mahukan lebih dari itu. Mahukan satu anjakan dalam permainan seterusnya layak keperingkat yang lebih tinggi