Thursday 25 September 2014

Soalan UPSR Bocor : Masih Sesuaikah Sistem Yang Ada Sekarang

Saya mempunyai anak yang sedang menunggu untuk mengambil Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Sekarang dia baru darjah 2. Dua Ceria. Kenapa? Budak darjah dua menunggu UPSR sesuatu yang pelik? Tak ada la.. anak jiran saya yang darjah 1 pun sama.. sedang menunggu untuk mengambil UPSR. Tapi bukan tahun nie la.. bila dia darjah 6 nanti la.. kan kan kan. Hari tu ada sorang member sekolah kenakan saya benda yang sama.. hihi

Ok, actually masa zaman anak saya nanti, tak tau ada lagi ke sistem UPSR, PMR, SPM nie semua.. Sistem UPSR sebenarnya sudah digunakan sejak awal tahun 90an lagi. Bagi mereka yang lahir tahun 1978, mereka ini adalah test personnal untuk program baru yang diperkenalkan oleh kerajaan. Ini termasuklah UPSR (sebelumnya dikenali sebagai Penilaian Darjah 5), PMR (sebelumnya dikenali sebagai SRP), KPT - Kad Pengenalan Bermutu Tinggi (sebelumnya menggunakan kad pengenalan warna biru yang saiz besar, tapi tahan lasak, menggunakan no AXXXXXXX, ditukar kepada Tahun/Bulan/Hari-Kod Negeri-serial no), selepas itu, bila masuk universiti, mereka memperkenalkan sistem Degree 4 Tahun (sebelumnya degree kena ambil 5 tahun), .. semuanya keatas mereka yang lahir pada tahun 1978. Kebetulan atau conspiracy  teory.. hehe

Maksud saya, sistem yang ada sekarang nie mungkin dah tak relevant lagi dengan keadaan zaman sekarang. Dulu saya pernah mengutarakan perkara yang sama, terhadap kawan kawan saya semasa belajar dulu (tahun 1996 atau 18 tahun lepas) mengenai perkara ini.. tapi mereka tertawakan saya.. tapi sekarang benda nie berlaku dan terus berlaku.. (pemikiran saya 18 tahun terkehadapan daripada kawan kawan saya... bukan sombong.. tapi itu hakikatnya.. hahaha)

Dari beberapa sudut, ujian nampak kurang relevant kepada sesetengah orang. Siapa?
-kepada mereka yang mempunyai long term memory space yang kurang
- mereka yang mengalami sakit semasa exam
- mereka yang blank sewaktu exam
- mereka yang mempunyai iq yang rendah

dan sistem exam ini hanya sesuai kepada beberapa golongan saja. Siapa?
- mereka yang sihat walafiat sebelum dan semasa exam
- mereka yang betul betul high iq
- mereka yang tidak makan kepala ikan (tidak mudah lupa)
- mereka yang bersifat robot / burung kakak tua (bila exam, keluarkan semua sekali apa yang ada dalam kepala)

Sebab itu, sistem peperiksaan penggal (setahun sekali) telah lama dilupuskan di banyak universiti, Digantikan dengan sistem semesta yang masa dalam satu tahun dibahagikan kepada 2 atau 3 bahagian. Setiap bahagian lebih kurang 3 atau 4 bulan. Pun masih ada kelemahan, sebabnya, ada exam pada end of the semesta.. pun akan menyebabkan pelajar golongan pertama tadi ada mempunyai disadvantage. 

Matlamat belajar apa? Banyak la jugak matlamatnya.. antara lain adalah untuk melahirkan seorang yang mahir dalam sesuatu bidang.  Bukan nak cakap apa la kan, walaupun pelajar tersebut mendapat no 1 didalam kelas, still dia akan rujuk buku bila menghadapi sesuatu yang ida dah lupa semasa belajar dulu. On paper memang kita dapat 4 plate.. tapi, semua benda kita tahu ke? tak kan.. banyak benda yang kita tak tahu sebenarnya... 

Pembelajaran adalah proses yang tak akan habis.. kecuali kita dah tak bernyawa lagi.. Apa yang saya nampak, selagi sistem peperiksaan dikekalkan, selagi itu pelajar dan orang orang yang terlibat berasa tertekan, lalu membuat sesuatu yang boleh release .. contohnya membocorkan soalan.. dan lain lain.. pelajaraan bukanlah satu proses paksaan. Ia tidak sepatutnya berlaku.. ia kena lahir dari hati.. keinginan untuk belajar.. dan terus belajar.. 

Rasa rasa la kan.. pada masa akan datang, semakin banyak device yang semangkin canggih, semakin terbuka peluang untuk membocorkan kertas soalan exam, adakah kita ingin menjadi polis yang terpaksa lebih advance daripada penjenayah? Ia tak sepatutnya berlaku.. 

So, cari la sistem yang boleh mengukur kebijaksanaan orang dengan lebih telus.. bijaksana bukan lah diukur dengan sehelai kertas.. ia suatu proses.. yang panjang.. oleh mereka yang berkinginan untuk mencapainya.. bukan kepada mereka yang terpaksa melaluinya.. 

ok?
 


No comments:

Post a Comment