Wednesday 29 April 2015

Komen Dr Mahathir Mengenai Najib Razak

Habis semua kepincangan didalam pentadbiran Najib Razak di dedahkan oleh Dr Mahatir. Dari issue 1MDB, issue mengenai anak Najib : Riza Aziz, issue Altantuya dan macam macam lagi issue yang pada saya memang sepatutnya ada seseorang didalam kerajaan yang menyuarakan mengenai hal ini.. 

Pastinya, sekiranya tak ada orang dalam kerajaan yang berani menegur, orang luar akan menegur. Kalau suara rakyat, tidak di dengar, pasti ada orang lain yang akan bersuara.. Secara logiknya, kalau suara rakyat tak didengar oleh pemimpin (pemimpin ke kalau orang tu adalah orang yang kita pilih secara undi majoriti), orang yang lebih berkuasa daripada orang itu patut menegur. 

Dalam kes ini, Dr Mahathir adalah salah seorang bekas Perdana Menteri Malaysia yang membangunkan Malaysia sejak berdekad lamanya.. saya yakin, rasa kecintaan terhadap Malaysia sangat menebal didalam diri Dr Mahathir.. sama macam Mendiang Perdana Menteri Singpore; Lee Kuan Yew. Betapa sakitnya hati kalau melihat duit yang sepatutnya digunakan dengan sebaiknya, tetapi dibazirkan bukan untuk manfaat negara, tetapi manfaat peribadi..

Sebagai Perdana Menteri, Najib Razak sepatutnya dengan segera menjawab segala persoalan yang diajukan oleh Dr Mahathir dan itu yang semua rakyat jelata mahukan.. semakin lambat jawapan yang diberikan, semangkin orang akan berfikir yang bukan bukan mengenai persoalan awal.. Dan kalau menjawab pun dengan tiada bukti kukuh, saya rasa, Najib Razak sepatutnya tahu apa yang sepatutnya dia kena buat.. jalan terbaik adalah memberi laluan kepada 2nd man nya untuk mengambilalih kerajaan sekarang. 

Tapi, kena diingat, sekiranya Najib Razak mengundur diri, ertinya dia mengaku apa yang dia telah melakukan kesalahan.. dan pesalah harus di hukum.. itu adalah resam dunia.. sama seperti Anuar Ibrahim, yang meminta pengampunan daripada Agong, sekiranya dia meminta ampun, maka dia dianggap memang melakukan perbuatan liwat tersebut.. 

Dunia sekarang bukan macam 30 tahun dahulu.. segala apa yang kita lakukan, walau dimana pelusuk dunia sekalipun, semua orang akan tahu.. kalau kita adalah orang yang popular / public figure, cepat la berita tu tersebar.. kalau rakyat biasa macam kita nie ha.. lambat la.. hehe.. mungkin tak sampai langsung.. 


1 comment:

  1. Casinos Near Me - JT Hub
    Casino. 경주 출장샵 Casinos. JT Hub has your favorite slot 충청북도 출장마사지 machines, table games, and all that 시흥 출장샵 you can 제천 출장샵 find near you. Find out which casinos are 사천 출장마사지 close to you right here!

    ReplyDelete