Wednesday 2 September 2015

Bersih 4.0 : UMNO Perlu Reformasi Dalaman

Saya bukanlah orang politik. Mungkin cakap saya, memang orang biasa kebanyakan tak akan pandang.. Orang politik? Jauh panggang dari api. Saya memang tak minat politik. Sebabnya, banyak yang orang politik cakap dan buat, memang saya tak suka.. Pada saya, apa yang mereka cakap, hanya cakap kosong, hanya untuk menyedapkan telinga penyokong (yang first time datang atau dengar) dan penyokong (yang saban kali kalau orang politik ni buat ceramah atau event, sure dia ada). Sebab tu saya panggil penyokong penyokong. Bukan sebab mereka ramai tau..

Seperti yang saya pernah bagitau sebelum ini, saya memang tak pernah hadir untuk mengundi semasa pilihanraya umum.. dulu sekarang dan selamanya.. kecuali akan datang ada orang yang saya rasa sesuai untuk saya undi, dan saya akan undi mereka ini.. 

Untuk sedikit taskirah, arwah ayah saya merupakan Ketua Cawangan Pas.. dulunya la.. tapi saya tak dapat banyak info, sama ada arwah menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang Ketua Cawangan dengan baik atau tidak. Dan saya pun tak sempat nak tengok atau komen kepimpinan beliau, sebabnya.. dia meninggal ketika saya berusia 1 tahun. 

Ok, satu Malaysia dah tau, malah menjadi liputan news satu dunia, orang Malaysia mengadakan demostrasi jalanan, Bersih 4.0. Sana sini, di China, di Singapore, di Australia, di US semua orang mengadakan demo Bersih 4.0. Saya nak ulas la apa yang diaorang tuntut. Apa yang diaorang mahu atau tuntut dah banyak kali blogger dan news lain published. Kan.. 

Perlu kita ingat, ini adalah petanda bahawa orang sekarang bukan senang hendak diperdaya oleh pemerintah. Sebab setiap gerak geri pemerintah, setiap saat diperhatikan.. bukan sahaja oleh rakyat, tetapi oleh orang sekeliling mereka, opis boy, kerani, pengarah dll. Silap sikit je, masuk la dalam twitter atau FB. Confirm. Betul atau tak berita tu, cuma orang yang first publish je yang tau. Kalau bohong, bohong la..kalau betul betul la.. 

So, kemuncaknya, Bersih 4.0 pun diadakan, 2 hari sebelum menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke 58. Sebenarnya memang ada baiknya ia diadakan.. Sebabnya, ia memberi gambaran yang jelas bahawa rakyat sangat tidak suka dengan apa yang pemerintah lakukan sekarang. Tu je.. Dengan GST, harga barang naik, harga minyak lagi, kos sara hidup lagi, pekerja asing, pendatang haram tanpa izin, rasuah.. dan macam macam lagi perkara buruk yang pemerintah sekarang lakuk.. yang rakyat tidak suka.. semata mata ingin mengejar kononnya Wawasan 2020. Ingin menjadi negara maju tanpa mengabaikan lain lain aspek. Padahal, dalam wawasan 2020, ada satu clause yang menyebut tentang bagaimana hendak mencapai 9 matlamat mengikut acuan sendiri.

Orang politik, sepatutnya sedar akan realiti keadaan rakyat pada masa ini. Sanggup ekk sebagai orang yang diundi oleh rakyat, selepas dipilih menjadi pemimpin politik, terus lupa rakyat, malah mengambil sesukanya daripda rakyat dengan pelbagai cara halus, misalnya GST. 

Dulu semasa tahun 1995, masa tu saya berada didalam tingkatan 5. Saya bersekolah pada sebelah pagi. Waktu petangnya, sebab nak cari duit poket, saya menoreh di kebun getah belakang rumah saya.. Kebun emak. Dapat la setiap hari 5 kg getah beku. Sekilo harganya RM1. So dapatlah saya RM5 sehari. Mewah la memang. Bayangkan dengan RM5 sehari, bekal untuk esok ke sekolah, dapat beli mee goreng +  telur mata (RM1.20), dapat simpan lagi kat tabung. Sekarang macam mana? Harga getah RM1.30 sekilo. Pun dapat 5 kg sehari. Sehari RM6.5 hahaha. Bunyi macam pelik, tetapi itulah realiti yang rakyat hadapi. RM6.5 dapat beli apa? 

Mungkin orang politik tak berapa kisah pasal tu semua, dah mungkin mereka tak tahu pun tentang itu. Belanja berjuta juta untuk pembangunan bola sepak negeri dan kebangsaan, tapi dalam  masa yang sama ada rakyat yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Tu pun masih orang politik tak sedar dan tak nak ambil tahu.. 

Tapi, suatu hari nanti, pasti mereka sedar dan mereka terjaga dari mimpi indah. Bila rakyat bangun menentang mereka.. mewujudkan apa yang kita panggil sebagai "oleh rakyat, untuk rakyat", sebuah negara demokrasi yang sebenar.. 

Pastinya, Bersih tak akan berhenti setakat 4.0. Kita tak nak, sampai jadi Bersih Kasi Licin 5.0 baru orang politik nak sedar diri.. tak ambil pengajaran pada pilihanraya yang lepas.. 

Emosi ehh.. tak ada la.. tu adalah realiti.  Untuk orang politik yang selama ini tidur lena, membuat sesuatu macam orang mengigau.. adeh.. sangat terasa memang... 

Sekali lagi. Gambar?? Gambar memang tak ada.. nak gambar, boleh search kat google image..

No comments:

Post a Comment