Tuesday 8 September 2015

Keputusan Perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2018 : Malaysia 1 - Arab Saudi 2

Malam tadi (Sept 9, 2015) menang menjadi sejarah.. Sebab yang pertama adalah, dah lama saya tak menonton perlawanan bola sepak terutamanya yang melibatkan pasukan Kebangsaan Malaysia, keduanya sejarah yang berulang ulang.. perangai penyokong. 

Komitment
Dalam pertandingan kalah atau menang dah memang jadi adat. Kalau kita lebih pandai dan hebat dari orang lain, insyallah kita akan menang. Bukan dalam permainan bola sepak je.. semua permainan malah dalam hidup kita seharian pun sama.. contohnya, Nicole David, yang berlatih bermati matian, sejam sampai 12 -14 jam dia berlatih, dia memang patut untuk dapat gelaran Pemain Squash No 1 Dunia yang orang lain susah nak gugat selama bertahun tahun. k

Kerja keras
Compare dengan orang yang berlatih dua minggu untuk berlawan dengan pasukan belasahan,pun belum tentu dia boleh titik pasukan belasahan tu. Apatah lagi pasukan handalan. Zaman sekarang zaman yang sangat moden, nama dah tak begitu penting dalam kehidupan. Maksudnya, recommendation dari seseorang yang ada nama/ pangkat sudah berlalu. Nama besar hanya akan jadi sejarah baik kalau ia berakhir dengan baik. Dan nama besar tu juga akan jadi sejarah buruk diakhirnya, sekiranya ia berakhir dengan buruk.  Ada hari tu masa dengar berita TV3, bila wartawan mintak dia komen pasal kalah 10-1 masa main dengan UAE, dia jawab selamba je, mintak mahap ispektor sahap, sebab kamik tak main bersungguh sungguh.. wak lu.. main untuk kebangsaan tapi tak main bersungguh sungguh?? kalau saya la masa tu yang jadi wartawan, mau ke ketuk kepala dia pakai mic tu.. 

Kerjasama / teamwork
Permainan berpasukan perlukan sumbangan setiap pemain. Kalau ada 5 orang pemain, yang 4 bermain bagai nak gila, yang sorang lagi just sebagai penumpang / nahoda, jawabnya ke laut la team tu. Team work dan Teamwork adalah dua perkara berbeza. 

Skill budak kampung
Skill bola sepak kita dah sampai satu tahap antarabangsa ke? Huek... memang belum la.. actually nak sampai level tu bukan senang.. senang je nak tau sama ada skill kita ni dah sampai tahap antarabangsa atau belum.. Ada tak tawaran daripada pasukan luar negara untuk bermain dengan kelab mereka? Kalau tak ada, sila kebelakang barisan dan berlatih bersungguh sungguh lagi ya.. Kadang kadang yang berlaku adalah, kita just rasa diri kita hebat dan skill-full sebab kawan baik kita satu team puji kita.. huek sekali lagi.. baru puji teammate pun dah sengih sengih.. walhal, main macam ayam.. so, maksudnya skill kita nie macam budak kg atau team taman perumahan la.. iye la kan... team kg ngan taman perumahan tak ada kemudahan padang yang canggih, gaji pun tak dapat, padang pun selalunya tak ada rumput.. haha.. sian.. jangan cerita pasal sains sukan la.. lagi out.. 

Badan kecik
Dulu masa zaman sekolah, bila team kalah je, ada member yang mengadu, "mcm mana tak kalah, team depa semua besar giant" .. tu jawapan tahun 90an dulu.. masa saya tingkatan 5. Sekarang nie pun kalau nak guna alasan yang sama, mcm katun la pulak ekk.. dah tau badan kecik, kita ada dua pilihan, pertama, berhenti jadi pemain bola sepak dan kedua tingkatkan usaha untuk jadi macam Madadona.. badan kecik.. otak geliga.. walau tak amik SPM..

Penyokong Tak Support
Penyokong pasukan kebangsaan adalah terdiri dari peminat peminat bola sepak tegar.. bukan saja pasukan kebangsaan yang diaorang sokong.. malah pasukan negara lain pun diaorang sokong.. malah, mereka menyokong tanpa penat lelah.. iye la kan.. terjerit jerit dari tempat penonton bukanlah suatu yang mudah.. penat wooo.. mau kering tekak.. dah la mcm tu, tak kira kalah atau menang, tetap menyokong.. setia sungguh.. kalau ikut psychology, kalau peminat / penyokong datang stadium, moral pemain akan meningkat 40%.. fakta atau auta? bazir duit beli tiket pun tak apa, janji dapat tengok team kebangsaan kalah.. adus.. hampeh sungguh

Gaji kecik
Tak bayar gaji, gaji lambat, elaun sikit, elaun tak masuk, dah muak dah nak dengar alasan tu.. cuba satu masa nanti, cari player yang nak bermain bukan pasal gaji, tapi pasal memang dia nak harumkan nama Malaysia.. rasanya ada tak ekk.. confirm ramai.. pemain yang macam nie la kita cari. bukan pemain yang matanya cuma nampak duit je.. 

Management hampeh
Dari President sampai ke AJK, semua cap ayam.. hari tu ada baca kat awani 501, president cakap, kekalahan 10-0 tu tak boleh salahkan dia semata mata, sebab Dolah Salleh bukan pilihan dia dari awal.. kalau kat negara lain, president tak dipersalahkan... So, senang cerita, nak cakap Cik Dolah yang salah la.. haha.. kelako.. mula cakap tak baik salah atau tuding jari pada dia.. tapi, lepas tu salahkan orang lain la pulak... 

Jurulatih cap ayam
Cik Dolah dari dulu memang reputasi dia terbaik.. dari jadi player, sampai jadi coach.. tak dapat disangkal lagi.. tapi tu la ek, kadang kita nie pandai masa kat kelab, tapi bila kat kebangsaan memang out.. kalau saya panggil Sir Alex latih Malaysia, agak agak boleh tak bawak balik Piala Dunia.. hahaha.. 

Pemain expired
Trivia : Kat Malaysia nie la kan, rasanya berapa kelab bola? Negeri? Kampung? Taman Perumahan? Sekolah sekolah lagi? Sekolah sukan lagi. total berapa ramai player tu? Beribu kot... tak kan nak cari 11 player bagus susah sangat... haha.. kelakar... tak kan nak cari pemain muda yang boleh berlari 100m dalam masa 11 saat susah sangat? Takkan nak cari player yang pandai gelecek bola macam Maradona susah sangat... so, kira satu Malaysia nie kaki chair la ehh.. aduh... sakitnya hati dengar...

OK dah
Cik dolah dah resign. President tahun 2018 pun katanya nak resign? Yang lain masih 'sangat komited'  untuk teruskan perjuangan.. tapi kalau rasa tak mampu nak galas tangungjawab, baik beri laluan pada orang lain.. bukan saja jurulatih, president sampai ke AJK, pemain pun sama.. buat sidang akhbar, cakap kita dah tak nak main untuk pasukan kebangsaan.. kalah atau memang memang adat, tapi kekalahan yang berulang ulang, memang bukan adat. 

No comments:

Post a Comment