Wednesday 2 September 2015

Syarikat Air Johor : Bila Semuanya Hendak Dinilai dengan MYR

Saya ada membuka sebuah syarikat pelancongan. Diusahakan bersama isteri dan beberapa pekerja. Maklum je la kan.. syarikat baru, terlupa untuk bayar bill air untuk 3 bulan pertama.. memang dah diberi surat merah pun.. tapi sebab kesibukan harian, so terlupa la nak bayar bil.. Bulan ketiga je, team SAJ datang office dan tanggalkan meter. Berapa bill saya pada tu?? Ceteka.. haha.. RM137 je.. bukan la RM137 ribu atau juta.. RM137 - Seratus tiga puluh tujuh sahaja.. pun dah kena potong.. 

Semasa lepas belajar dulu, saya sempat bekerja dengan satu syarikat di Pasir Gudang. Sebagai kerani akaun (pembantu). Nak dijadikan cerita, saya la yang tukang kemaskan dan tolong tolong settlekan pembayaran bil air.. Sebulan berapa RM? RM1 juta lebih.. Tak caya? hahaha.. memang tu la realitinya.. dan nak dijadikan cerita lagi.. company tu mengalami masalah, then dia tutup operasi.. Dan final masa dia tutup operasi, ada lagi tunggakan berjuta dengan SAJ. Beberapa tahun sebelum tutup operasi, company tu just bayar apa yang diaorang mampu je.. kadang RM100k sebulan, kadang RM300k sebulan.. haha kelakar ekk.. tapi tu la realitinya.. 

Itu la kalau orang yang buat kerja tak tahu apa itu hukum Pareto.. malas nak baca buku, ikut sok sendiri bila buat kerja.. Pareto nie senang je.. Kalau kita ada problem, contoh, SAJ la kan, ada problem nak collect balik duit dari customer. Actually yang menyumbang kepada masalah tu adalah disebabkan oleh 20% pelanggan, tapi ia akan contribute 80% daripada penyelesaian masalah.. Maksudnya, kalau ada bad dept RM100k , kita tak perlu tangkap atau tanggalkan meter pengguna yang just contribute RM137 nie, tapi kita tanggalkan meter pengguna yang contribute RM80k sebulan. Settle masalah. Kalau pengguna akhir yang tak bayar RM137, kita perlukan 583 pengguna yang liat nak bayar, tapi, kalau kita tangkap pengguna yang besar besar, yang guna sebulan RM20k, kita cuma perlu cari 8 pengguna je.. itu pun tak tau kira.. haha

Servis pun masih di takuk lama, yang meningkat cuma cara mengutip bayaran.. itu bukan meningkatkan mutu kepada apa yang pelanggan bayar.. tu hanya meningkatkan mutu sebahagian kecil. macam mana dengan kualiti air. Dulu saya bayar RM1 untuk 1 meter padu air, saya dapat air yang tak ada bakteria, sekarang saya bayar RM2 untuk jumlah yang sama, tapi apa yang meningkat? bakteria dari 100juta ekor kepada 50 juta ekor saja je, tahap ampaian dari berapa ppm kepada berapa ppm ke.. 

Tak kisah sangat kalau harga naik (alasannya sebab dah 10 tahun tak naikkan harga),tapi apa yang meningkat dari segi kualiti kepada pembayar/ pengguna? kan.. 

Jom kita tanya orang SAJ.. 

Gambar? Kat sini bukan laman web rasmi SAJ.. so gambar SAJ boleh download di http://saj.com.my

2 comments:

  1. aku punye bil SAJ lagi banyak.. RM 112.00.... dah kena potong.. kalau tukaran dalam matawang SAJ = 112.00 juta.. cume caj potong dgn pasang blk ade murah sket.. RM 70 je........ senang kan nk buat duit tepi...???

    ReplyDelete
  2. biasa la la tu bard kan.. kadang tak semua benda kita kena nilai dengan MYR

    ReplyDelete