Tuesday 10 June 2014

Kenapa Berhenti Kerja..

Kerja adalah perbuatan yang dilakukan sehari hari bagi mendapat keuntungan ataupun kebaikan daripada apa yang telah dilakukan. Sebagai contoh, seorang buruh kasar dalam sektor pembinaan melakukan tugas menerap batu bata dari 8 pagi hingga 6 petang dan mendapat upah dalam bentuk wang ringgit yang dikenali sebagai gaji.

Biasanya, untuk mendapat pekerjaan, pekerja akan melalui proses temuduga atau dalam bahasa latin, di kenali sebagai interview. Semasa proses interview, biasanya majikan akan menawarkan gaji yang pekerja akan dapat dalam masa sebulan, masa bekerja, tugas seharian yang perlu dilakukan atau diselesaikan, dan macam macam lagi term and conditions sebelum pekerja melapor diri. 

Sekiranya pekerja bersetuju dengan terma yang telah ditetapkan oleh majikan (atau standard terma yang ditentukan oleh industri), mereka akan melaporkan diri pada hari dan masa yang telah dipersetujui. 

Setelah mula kerja, mereka akan start berborak dengan dengan rakan sekerja dan antara yang mereka bincangkan adalah mengenai terma yang telah dipersetujui. Selalunya pekerja yang lagi senior ni akan bertanyaka gaji yang pekerja baru terima.. Dengan sengal, pekerja baru dengan penuh rasa jujur, akan memberitahu gaji sebenarnya.. yang senior pulak mesti la lagi cerdik jika dibandingkan dengan pekerja baru tersebut. Biasanya mereka akan declare gaji yang tak betul. Cerita punya cerita, akhirnya salah sorang dari mereka akan berhenti kerana tidak berpuashati dengan gaji yang mereka terima.

Antara lain, situasi tempat kerja yang kurang menarik juga akan memberi sumbangan kepada seorang pekerja tersebut berhenti kerja. Biasanya politik ditempat kerja menjadi punca pekerja senior bahagian senior management berhenti kerja. Ada antara mereka, tidak kira apa tujuannya, akan mencucuk pihak atasan mengenai perangai rakan sekerja, mencilok kerja rakan sekerja sehingga menimbulkan rasa kurang senang rakan yang lain. Bagi mengelakan sesuatu yang lebih teruk sehingga merugikan pihak syarikat, salah seorang dari mereka akan berhenti kerja.. 

Faktor lain adalah tarikan daripada majikan lain yang menawarkan lebih apa yang ditawarkan oleh majikan sekarang. Tapi sebenarnya apa yang ditawarkan adalah hanya tawaran. Situasi sebenar belum dijamin apa apa lagi. 

Ramai juga pekerja yang mempunyai target tertentu, contohnya mengumpulkan modal untuk membuka perniagaan sendiri, menimba pengalaman sebanyak mungkin dan melompat tempat keja lain yang lebih menarik dan macam macam lagi. 

Cuma apa yang saya lihat sekarang, ramai pekerja especially graduan yang keluar dari pusat pengajian tanpa pengalaman kerja, just bekerja untuk satu jangka masa yang sangat singkat dengan tujuan yang tidak jelas, bekerja untuk beberapa minggu, dapat gaji, terus lesap.. anda ke tu?? 


No comments:

Post a Comment