Tuesday 10 January 2012

Gang Bas Sekolah Vs Mat Rempit

Tahun ini adalah tahun pertama dua orang anak aku yang bersekolah, seorang darjah 5 dan seorang lagi yang berusia 6 tahun, di sekolah tadika menaiki bas untuk pergi dan balik dari sekolah. Tahun semelum ini, aku akan menghantar mereka kesekolah dan biasanya mereka akan menaiki van untuk pulang kerumah atau ketaska. Bukan aku tak larat untuk menghantar mereka.. tapi aku rasa, tahun ini biarlah mereka berdikari. Pun begitu, aku sentiasa memantau pergerakan mereka kesekolah. Just nak memastikan keselamatan mereka terjamin.

So far, feedback yang mereka berikan adalah positif. Dalam erti kata lain, mereka suka bila bersama-sama dengan kawan-kawan yang lain untuk kesekolah. Seronok. Cuma ada sedikit rasa kesihan bila tahun ini juga mereka terpaksa bangun seawal jam 6 pagi untuk bersiap kesekolah. Buat permulaan ni nampak macam liat sedikit untuk bangun awal.. tapi sudah menampakan tanda positif yang mereka boleh bangun awal. Antara tips yang digunakan adalah tidur awal. Biasanya mereka akan masuk tidur jam 11 malam.. sebab tengok rancangan TV yang terlalu banyak dan menggoda mereka untuk menonton. Sekarang ini, aku menggunakan kuasa veto sebagai seorang ayah, memerintahkan mereka tidor jam 10 malam. Mandatori!! Hasilnya, mereka tidak terlalu sukar untuk bangun awal.. allhamdulillah

Berbalik kepada kisah pemandu bas sekolah. Ramai driver van sekolah ini yang puratanya terpaksa untuk berkejar mengambil dan menghantar pelajar kesekolah atleast 2 kali diwaktu pagi. Jadi, biasanya bila sudah terlewat, mereka akan memandu secara berbahaya, membuta tuli, tak kurang juga yang mementingkan diri sendiri, walhal anak-anak kita ada didalam disamping pemandu jalanraya yang lain juga ada disekeliling mereka.

Biarpun mungkin mereka adalah pemandu yang mahir, tetapi melihat kepada implikasi kepada anak-anak yang ada didalam van atau bas tersebut, pastinya mereka menyangka cara pemanduan yang ditunjukan oleh pemandu van / bas tersebut adalah yang terbaik. Walhal, cara yang ditunjukan adalah salah sama sekali. Bayangkan, jika dalam seminggu, mereka menunjukan cara sebegini sebanyak 2 kali kepada anak-anak kita, tidak mustahil, anak-anak kita pasti terikut-ikut cara pemanduan yang tidak betul ini. Tidak mustahil, jika suatu hari nanti anak-anak kita merempit seperti mereka.

Bukan sahaja kepada pemandu van / bas sekolah, ibubapa juga perlu menunjukan cara pemanduan yang baik kepada anak-anak juga. Kita tidak mahu melihat anak-anak kita menjadi pemandu yang tidak berhemah apabila mereka dewasa kelak. Oleh itu, sama-samalah kita fikirkan apa buruk dan baiknya kepada generasi anak datang, sebelum kita melakukan sesuatu pada masa ini.

No comments:

Post a Comment