Tuesday 24 January 2012

Kegagalan Sistem Ekonomi Berfungsi Dengan Baik

Dalam mana-mana negara demokrasi di dunia yang ada pasa masa ini, boleh dikatakan keseluruhannya mengamalkan sistem ekonomi kapitalis. Memang tiada kaitan antara demokrasi dan Sistem Ekonomi Kapitalis. Saya hanya ingin menekankan bahawa kebanyakan negara yang ada pada sekarang adalah negara yang berasakan pementerintahan demokrasi dan mengamalkan sistem ekonomi kapitalis.

Apa itu sistem ekonomi kapitalis? Semua orang menyebutnya, tahu tak apa dia? Sistem kapitalis merupakan satu sistem ekonomi yang wujud sejak kurun ke-19. Di antara ciri-ciri terpenting sistem ini ialah ia mengamalkan dasar pasaran bebas dan pemilikan harta persendirian. Dalam sistem ini,  manusia bebas mentadbir dan menggunakan sumber-sumber yang ada tanpa banyak campur tangan daripada kerajaan. Kerajaan tidak mengawal sumber dan tidak juga menetapkan upah dan harga. Ini semua ditentukan oleh permintaan dan penawarnya. Di bawah sistem ini , individu dan pihak lain termasuk syarikat boleh memiliki harta, menjual dan memindahkannya dengan bebas. Namun begitu, untuk menjamin bahawa sistem ini berjalan lancar dan tidak mempunyai sebarang unsur penindasan dan penipuan di antara pihak pembekal dan pengguna, kerajaan dalam keadaan-keadaan tertentu boleh memainkan peranan dalam pasaran. Biasanya penglibatan ini terhad kepada pengenalan serta pelaksanaan peraturan dan undang-undang bagi menjamin kegiatan ekonomi dapat berjalan dengan teratur. Amerika syarikat adalah di antara contoh negara yang mengamalkan sistem ini.

Dengan erti kata yang mudah, dapat saya ringkaskan seperti dibawah ini;
Dalam sistem ekonomi kapitalisma tujuan utama ialah untung. Kapitalisma adalah sistem ekonomi yang tujuan asasnya mencari untung. Kaum kapitalis akan melakukan apa sahaja asalkan dapat untung.  Dalam sistem kapitalis – apa yang boleh di jual akan di jual. Asalkan ada untung. Dalam sistem kapitalis – apa yang boleh di beli akan dibeli. Asalkan ada untung. Dalam sistem kapitalis – agama, ibu, ayah, anak – semua boleh di jual – jika mendapat untung. Kapitalisma adalah sistem ekonomi yang tidak mengira agama, bangsa atau wilayah. 

Ada beberapa perkara yang menarik perhatian mengenai sistem ekonomi sekarang. BUDAYA BERHUTANG!! Budaya berhutang menjadi trend pada masa sekarang. Tidak kira untuk membeli apa. Dari pembelian yang sekecil kecil barang, hinggalah membeli barangan yang berharga mahal. Penggunaan kad kredit sudah tidak dapat dikawal. Pengeluaran kad kredit itu sendiri sukar dikawal oleh bank negara. Walaupun beberapa peraturan diperkenalkan untuk mengurangkan pengeluaran kad kredit baru kepada individu yang layak, tetapi ianya belum cukup memadai. Pemberian kad kredit kepada golongan yang tidak tahu menggunakannya lebih kepada memberikan keburukan kepada pemegang kad tersebut.

Sistem pembelian ambil dulu bayar kemudian yang diamalkan sekarang juga membawa kepada beberapa kesan buruk seperti, kegagalan bayaran balik kepada penjual mengikut masa yang telah ditetapkan, lebih malang jika pembeli gagal untuk membuat pembayaran sama sekali. Ini menyukarkan penjual untuk menguruskan kewangan syarikat. Apa yang lebih baik adalah CASH term. No kad kredit. Kad debit - OK!

No comments:

Post a Comment