Monday 9 January 2012

Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14)

Hari ini adalah dari ke 10 dalam tahun baru 2012. Tidak terlewat lagi untuk mengucapkan selamat datang kepada umur yang kita yang baru.. Bila tahun baru menjelma, masing-masing mula memikirkan perancangan 12 bulan yang mendatang dalam erti kata lainm memperbaharui azam atau membuat azam baru.. ada juga yang tak kisah langsung dengan azam. Apa yang penting, kehidupan perlu diteruskan.. Azam ni boleh dikatakan juga sebagai target atau objektif dalam kehidupan.. orang kata kalau tak ada azam, tak ada target, tak ada la hala tuju yang jelas dalam kehidupan kita.

Masuk tahun baru je.. dah ada isu panas di Malaysia nie.. bermula dengan isu 'isu tunjuk perasaan' di Universiti Perguruan Sultan Idris, selepas itu isu Anwar Ibrahim besas dari tuduhan liwat keatas Saiful Bahari.. Ada orang yang memberikan reaksi yang positif, tak kurang juga reaksi negatif dengan kedua-dua isu ini.

Saya memandang dari beberapa sudut keatas kedua-dua isu ini.. Timbul beberapa persoalan yang selalu bermain difikiran saya, apakah kewajaran seorang pelajar dalam bidang perguruan bersikap sedemikian? Adakah perbelanjaan pengajiannya di tanggung oleh dirinya sendiri, tanpa mendapat pembiayaan oleh kerajaan? Adakah Adam Adli ini bersekolah diluar Malaysia dari darjah satu hingga lepas tingkatan 5? Pada pandangan saya, seorang pelajar yang berfikiran, sudah tentu mereka dapat membezakan antara yang baik dan yang buruk. Seorang ibu bapa, tentunya akan sangat bersedih sekiranya anaknya digantung pengajian. Adakah selepas ini, Adam Adli akan kembali menyambung pengajian di UPSI setelah mencemuh orang-orang yang ada didalam UPSI? Seorang gentleman, sudah pasti tiada lagi muka untuk diletakan didalam UPSI setelah apa yang berlaku.

Adakah Anwar Ibrahim bersalah? Pada saya bersalah atau tidak, itu adalah antara dia, Saiful dan Allah. Tiada siapa yang dapat mengetahui lebih daripada mereka.. Peguam hanya menghujahkan apa-apa fakta yang sepatutnya, manakala hakim hanya membuat judgement berdasarkan fakta yang telah dibentangkan.. Terdapat banyak 'loop hole' bagi seseorang penjenayah melepaskan diri, antaranya adalah sebab fakta yang kurang, bukti yang kurang kukuh atau tidak relevant, kepandaian peguam bela memutarkan fakta dan salah tafsiran seseorang hakim. Semuanya menyumbang kepada bersalah atau tidak bersalahnya seseorang penjenayah itu..

Dalam kes Anwar Ibrahim Vs Saiful, beliau bebas bukanlah sebab dia tidak bersalah semata-mata, tetapi faktor-faktor diatas perlu diambil kira juga. Walaupun sekiranya dia didapati bersalah, ia juga banyak bergantung kepada faktor-faktor yang saya telah sebutkan tadi.

Najib kata "pembebasan Anwar bukti kerajaan telus". Bagi seorang rakyat yang cetek dalam pemikiran, pasti mereka bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Najib. Tetapi, pastinya ketelusan sesebuah kerajaan bukanlah bergantung kepada satu perkara / peristiwa sahaja.. Banyak lagi peristiwa yang perlu seiringan dengan apa yang diperkatakan oleh kerajaan.

Banyak perkara yang dibuat oleh orang-orang politik sebenarnya mempunyai agenda kepentingan masing-masing, terutama sekali kerjaya politik masa depan mereka.. Mereka sentiasa berkata yang, apa yang mereka lakukan adalah untuk kepentingan rakyat, tetapi sebahagian besar apa yang mereka lakukan adalah demi kepentingan mereka dan famili mereka sahaja.. Perjuangan politik pada masa ini sama sekali tidak sama dengan perjuangan politik pada zaman sebelum kemerdekaan, sangat jauh berbeza.

Apa yang berlaku tidak lain dan tidak bukan adalah bemotifkan politik semata-mata. Najib sangat bimbang untuk menghadapi kemarahan rakyat yang berangkapan kerajaan tidak telus dan adil kepada rakyat, lantas dengan sikap 'gentlemen' bersedia untuk bertanding dengan Anwar didalam pilihan raya yang akan datang ini.

Apa yang pasti, Pilihanraya Umum Ke-14 akan datang ini pastinya memberikan saingan sengit antara kerajaan pimpinan Najib dan pembangkang yang diketuai oleh Anuar.

No comments:

Post a Comment