Wednesday 18 January 2012

Lagi Cerita Tentang FaceBook, Twitter, Tagged dll...

Penyalahgunaan laman sosial seperti FaceBook, Twitter, Mface, tagged dan sebagainya pada mula-mula kewujudan laman sosial ini merupakan sesuatu yang sangat asing dan sangat pelik kepada penduduk di muka bumi. Apa tidaknya, cara mengumpat atau memaki hamun orang melalui kaedah konvensional merupakan cara terbaik malah memuaskan hati si pengumpat atau si pencaci hamun itu tadi.. Cara konvensiol dilihat sebagai satu-satunya medium yang sangat berkesan kepada penyampaian maklumat kepada seseorang.

Kini, sejak kemunculan sosial site, kaedah mencaci, mengumpat, penyamaran dan lain-lain bolehlah dikatakan sebagai cara yang terbaik pada abad ini. Apa tidaknya, ketika kita tidur, orang lain sibuk memaki hamun, mengugut dan melakukan pelbagai perkara yang kita sendiri tidak gemari didalam wall page sosial web kita. Keseokan paginya, apabila kita bangun, kita dapat melihat pelbagai cacian dan pelbagai perkara di wall page kita yang disampaikan oleh orang yang berkepala teleng dan senteng.

Perasaan seronok mula menyelubungi user yang menggunakan websosial tersebut bila melihat orang lain pun berbuat perkara yang sama. Maka semakin ramailah orang yang bersambung-sambung meneruskan tradisi orang yang tidak bertamadun.

Apa yang lebih memelik dan menjelekkan adalah, cerita dalaman rumahtangga juga didedahkan didalam laman sosial tersebut. Bukan saja diri orang yang memaki itu nampak tidak bermoral dan bermaruah, tetapi, pihak yang terlibat juga terkena tempias yang sama.

Tidak kira sudah pergi menunaikan haji atau belum. Semuanya adalah sama bila kita register sebagai user didalam sosial web ini. Bengong tak bengong orang orang sekarang ini. Saya, telah awal-awal lagi tidak menyokong laman seperti ini. Bukan tiada kebaikan, tetapi ia membuka ruang kepada orang membuat kejahatan.

No comments:

Post a Comment