Sunday 15 January 2012

Gila Punya Pemandu Teksi...

Semalam lebih kurang pukul 9 malam aku sangat-sangat memerlukan teksi untuk ke Politeknik Johor Baharu (sekarang dikenali sebagai Politeknik Ibrahim Sultan). Jarak antara rumah aku ke tempat tersebut adalah lebih kurang 6.5 kilometer dan mengambil masa lebih kurang 11 minit jika menaiki kereta atau 1 jam 20 minit kalau menggunakan kaki (aku check dengan GoogleMap). Oleh kerana aku tersangat memerlukan kenderasn kesana, aku pun menelefon teksi yang berpengkalan di Terminal Bas Pusat Bandar Pasir Gudang. Kat area Pasir Gudang memang susah sikit nak cari Car Rental

Sebelum itu aku telah menelefon Public Cap, tapi agaknya sebab dekat sangat agaknya, operator yang angkat telefon tu beritahu yang tiada teksi buat masa ini yang available. Dia meminta aku menelefon semula. Beberapa minit selepas itu aku pun call sekali lagi. Pun diberikannya jawapan yang sama. Sebenarnya inilah sikap driver teksi. Bila jaraknya dekat, semua tak mahu nak ambil. Tapi bila jaraknya jauh, semua orang beberebut-rebut mengambil penumpang tersebut. Ini bukan cakap kosong saja. Aku menelefon buat kali ke tiga, tetapi kali ini aku memberikan destinasi ke Senai International Airport. Jarak perjalanan lebih kurang sejam. Maka, tidak semena-mena teksi pun available!!! Hampeh!!!

Ok, sambung cerita.. Bila aku call  Pasir Gudang, maka dia pun hantar la sorang driver + teksinya sekali kerumah. Itu pun setelah dekat sejam aku menunggu. Bila teksi sampai, aku dengan machonya cakap pada driver teksi tu, "sori pakcik, lambat". (sebab masa driver teksi tu datang, aku dah bukak baju, dan nak kena pakai semula.. tu yang amik masa sikit)

Aku jeling kat meter teksi, aku lihat meter tu dah tunjukan 12.50 that mean dia dah start kira tambang dari mana aku pun tak tau. Aku rilek lagi, bila sampai ke destinasi, aku tanya berapa tambang (kat meter tu menjunjukan 20.30 atau RM20.30). Dengan selamba pakcik tu jawab RM20. Aku pun mula la banyak tanya, kenapa perjalanan tak sampai 10 minit tapi caj sampai RM20? RM20 tu kira dari mana? dan macam-macam persoalaan yang aku tanyakan pada driver teksi tadi. Dan driver teksi tu mula gabra bila aku mintak resit. Akhirnya setelah aku cuci dengan clorok driver teksi tadi, aku pun bayar RM20 pada dia...

Sebenarnya aku bukan jenis yang suka panjang-panjangkan cerita. Bukan niat pun nak burukan nama driver teksi kat Malaysia nie. Ramai yang aku jumpa, (kebanyakannya driver teksi berbangsa Cina) memang suka ikut peraturan, maksudnya, mereka gunakan meter. Tapi kalau driver teksi Melayu dan India, memang mereka suka-suka kenakan harga.

Sebenarnya bukan isu tambang yang saya nak utarakan, isu yang utama adalah isu sikap driver teksi tersebut. Paling penting adalah sikap jujur dengan pelanggan. Bayangkan, kalau dalam seharian driver teksi tersebut berbuat perkara yang sama pada 5 pelanggan. Kalau sebulan ada 150 pelanggan. Dan pelanggan yang 'terkono' memaki hamun pemandu teksi (walaupun bukan secara berdepan), pasti dan pasti hidup pemandu teksi tersebut jadi tak ada keberkatan. Macam mana pula dengan family dia, isteri dia, anak anak dia yang diberikan makan hasil duit yang macam tu..

Jadi, kepada pemandu-pemandu teksi juga orang-orang yang berkaitan, sikap jujur nie memang sangat penting. Jujur nie boleh membuatkan orang lain respect pada kita disamping keredhaan Allah sentiasa bersama-sama dengan orang-orang yang jujur...

No comments:

Post a Comment