Wednesday 27 April 2016

Berniaga : BERJAYA atau GAGAL sangat subjektif maksudnya

beberapa hari lepas, saya berjumpa dengan sorang rakan lama. waktu tu saya berada di kementerian dalam negeri dan dia pun berada dibangunan yang sama. saya pun tak tanya banyak sangat apa di buat disana. 

saya kenal dia sewaktu zaman saya berkecimpung dalam dunia it. zaman internet mula mula masuk malaysia. zaman internet yang menggunakan modem 128kb, zaman internet cafe sejam rm12, zaman website baru nak muncul - macam alien. sungguh macam alien. manakan tidak, bukan semua orang mampu untuk berinternet. barulah sedikit demi sedikit internet jadi laju, 512kb, 128mb speed dan lain lain. 

saya pernah menjadi it specialist disebuah syarikat dulu. ada certified engineer untuk networking daripada microsoft. dia pula adalah pembekal barangan yang berkaitan dengan it. so, kami memang rapat la. 

sekarang, syarikatnya dah tutup, sebab dua orang partner sudah gaduh dan pecah saudara. habis semua sekali. dan pekerja yang high skill masing masing membawa haluan sendiri. dia membuka beberapa kedai komputer di dalam utm skudai. dan beberapa tempat lain. memang hebat. dia kata ada hikmatnya kedai komputer yang dia keja dulu tu, tutup. kalau tak, sampai sekarang dia akan kerja disana. manakan tidak. owner company tu memang baik hati. member baik saya juga. 

dia tanya saya, sekarang buat apa, dan saya cakap, kerja dengan travel agency. ko punya? dia tanya. saya katakan, yang saya kongsi dengan isteri merangkap menteri kewangan keluarga. dia kata, wah dah berjaya ko ya. saya pun cakap benda yang sama pada dia. 

ok. sebenarnya, ada orang kata bila kita membuka kedai atau syarikat, maksudnya orang itu dah berjaya. ya dan tidak . "ya" sebab daripada tak ada syarikat kepada ada syarikat - satu kejayaan. "tidak" sebab cabaran baru je bermula. membuka perniagaan adalah satu permulaan kepada mengejar target. bila dah ada satu company, establish, bukak satu lagi. mungkin itu kejayaan, atau mungkin belum lagi di anggap kejayaan. sebabnya, mungkin targetnya adalah membuka 10 kedai dalam masa 2 tahun, contohnya. 

jadinya, berjaya atau tidak, perlu ditafsirkan dari sudut yang berbeza. 

No comments:

Post a Comment