Saturday 23 April 2016

Berniaga : Tak ada modal boleh ke berniaga?

ada seorang member tanya saya. dia kata pada saya, boleh ke kalau dia nak berniaga, tapi tak ada modal. Saya kata boleh. Dia kebil kebil. ok. saya sharekan sedikit apa yang selalunya orang salah anggap tentang MODAL. bila cakap pasal modal, orang selalu fikir tentang apa? haah. memang betul la tu. duit. asal cakap pasal modal je, orang terus je pikir yang modal tu sebenarnya adalah duit. tapi, modal tu bukan setakat duit. apa apa saja boleh jadi modal. skill kita, pengetahuan kita, minat kita, fikiran kita, basikal kita, kereta kita.. semua boleh jadi modal. modal berniaga. 

saya bagi contoh, kalau orang yang ada bakat merepair kasut. dia ada bakat. tapi tak ada duit nak berniaga. contoh la kan, dia langsung tak ada apa apa tools untuk repair. gam, benang, jarum semua tak ada. apa yang dia boleh buat adalah, cari order, then mintak customer sedikit deposit (untuk beli tools) dan siapkan keja. dapat duit, dia boleh beli tools yang lain disamping terus memajukan perniagaannya. 

nampak macam simple. tapi tak sesimple yang di sangka. cabarannya adalah bagaimana nak meyakinkan pelanggan, disamping nak cari pelanggan. 

cukup cukup la tu kan.. tak kan semua nak disudukan. perniagaan adalah mengenai kerajinan kita mendapatkan pelanggan, memberikan yang terbaik untuk mereka, menjaga mereka dan mendapatkan habuan daripada mereka. 

masa jugak macam orang yang ada skill membasuh kereta. tak ada modal nak beli baldi, sabun, kain dan sebagainya. 

so, betul la kan, berniaga nie bukan sebab duit sangat. tengok airasia. rasanya dia ada ke duit cash nak beli pesawat. mau kena kejar lhdn nanti kalau duit banyak sangat. apa yang dia buat, cuma meyakinkan pelabur dengan pelan perniagaan mereka. at the end, sekarang dah ada banyak pesawat. 

macam senang kan. tapi bukan la sesenang yang disangka. cabarannya adalah macam mana nak cari belabur dan meyakinkan mereka.  

No comments:

Post a Comment