Sunday 10 April 2016

Berniaga : Trend perniagaan offline 2016 - 2017

Saya bukanlah orang yang pandai dalam semua bidang perniagatan. selok belok perniagaan. tepuk tampar perniagaan. apa lagi sepak terajang dalam bidang perniagaan. orang orang sekarang, tak kira la apa gen sekalipun dia, semua beralih kepada bidang perniagaan yang berasaskan online. ada beberapa sebab, antaranya (terutama orang melayu) adalah kerana peniaga tu sendiri segan untuk bertemu dengan pelanggan, malu, segan dan lain lain

selain tu, orang orang kita beranggapan, pelanggan hanya terdapat di dalam media sosial. memang tak dinafikan la, memang ramai pelanggan yang ada di media sosial. tapi kita tak boleh la macam seluang kejar tahi. tahu tak seluang tu apa? seluang ni adalah ikan yang suka makan najis. selalu ada di sungai sungai. bila nampak tahi hanyut, banyak la ikan seluang yang berkerumun. emmm.. pun sama macam cari idea bissness. banyak benda yang kita boleh jual, tapi jangan la perangan turun temurun tak ubah ubah. nampak orang jual tudung je, kita pun jual tudung. bukan kita sorang je yang punya perangai turun temuruh. malah ada beratus KITA yang lain buat benda yang sama.. nampak akak jual tudung tepi jalan laris je jualannya, kita dan beberapa orang KITA pun jual benda yang sama. akhirnya, semua orang gulung tikar. 

ada juga fakta yang menunjukan bahawa promotion dimedia sosial nie cuma mengikut trend. ada perniagaan yang sesuai untuk dipromote di media sosial. ada jugak yang tak sesuai. barangan yang melibatkan pengguna akhir, contohnya makanan yang dah siap semua, tinggal makan memang sesuai. tapi kalau barangan atau perkhidmatan semi complete, lagi baik guna off line. 

ok. saya sebenarnya nak bercerita mengenai trend perniagaan offline yang sesuai pada musim ini dan beberapa musim buah akan datang. antaranya
1. perniagaan yang berkonsepkan pengguna akhir dan setempat - contohnya kedai jahit, kedai makan (concept), bengkel motor, bengkel kereta dll
2. perniagaan semi complete - barangan kilang elektronik yang memerlukan pemasangan beberapa komponen, barangan memerlukan pembersihan sebelum di pasarkan, barangan yang memerlukan kemasan akhir sebelum di pack dll.
3. perniagaan yang berkisar mengenai kitar semula - recycle paper, tin, metal, pemerolehan kembali buangan terjadual dll
4. perkhidmatan yang memerlukan personel tersebut datang ke rumah atau permis seperti pembersihan rumah, pejabat dan yang seumpamanya
5. perniagaan yang berkonsepkan support division contohnya maintenance website, fb page, blog, inspection, checking, audit dll.. 

tu just idea. kalau rasa nak guna pun boleh, nak masuk bakul sampah pun boleh. kita kan negara merdeka.  kalau ada apa apa, boleh je hantarkan email pada saya.. saya sedia menjawabnya tanpa sebarang obligasi.. (dah macam iklan jual rumah di singapore la pulak ekk)


No comments:

Post a Comment