Sunday 10 April 2016

Berniaga : Trend perniagaan tahun 2016 - 2017

Sekarang nie orang sana sini sibuk nak jual. kadang kadang tu, tengok kat FB group tu, macam lagi ramai peniaga, dari pembeli. kadang kadang tu, yang pun sesama pembeli.. hehehe.. lagi parah, tak ada orang beli. haru jugak. semua orang teringin nak jadi kaya. caranya, dengan berniaga. kalau online nie, apps yang biasa untuk promote barang jualan adalah instagram, facebook, google ads, blog dan website. ta k kurang jugak yang advertise dekat paid website macam mudah, jualo, lelong, ebay dan macam macam lagi la.

ada orang jual barang dari sekecik kecik barang, sampai la ke sebesar barang. semuanya ada dalam webstore. macam kedai runcit pun ada. ada barang boleh buat amcam tu, ada barang yang tak sesuai buat macam tu. lagi bagus kalau boleh jual barang yang sama jenis, tapi pelbagai design. contohnya, jual tudung, design ada 100 jenis. atau jual setokin, tapi ada 100 jenis setokin. atau boleh jual kuih tradisional, tapi pelbagai jenis. boleh jugak jual satu barang, tapi kita jual barang yang berkaitan. atau servis yang berkaitan. contohnya, jual handphone samsung, sambil tu jual speaker telefon, jual skrin protector, jual casing dan lain lain. sebenarnya yang saya nak bagi tau adalah fokus. jangan terlalu banyak dalam hotak, sampai nanti semua tak boleh nak jual. saya bagi contoh lain, tau tak ada berapa jenis produk yang dikeluarkan oleh syarikat dr vida si kuputih tu. yang laing famous adalah pamoga quputeh tu la.. tapi dia ada jugak jual barang lain. ku hijau, ku kuning, ku biru dan lain lain lagi.. hehehe.. tapi, dia fokus pada beberapa produk je.. yang dia dah buat research dan dia ada data yang produk tu boleh kedepan, so dia bagi naik produk itu la.. 

ok, bebel banyak, nie adalah beberapa produk yang boleh diketengahkan atau dijadikan idea business;
1. ubat kurus, ubat hilang jerawat, ubat putih, ubat gemuk, ubat kuat lelaki, ubat sakit kronik, ubat pencegah penyakit kronik, ubat pelbagai guna (contoh makan satu pil tapi berkesan untuk jerawat, asma, cirit birit dll)
2.  alat untuk mengempiskan perut, alat bagi tumbuh otot, alat bagi orang lekai / pempuan lagi kuat, alat memudahkan orang buat kerja - contoh chop stick yang tak payah nak susah skill menyepit dll
3. skim cepat kaya, piramid, skim tak payah keja tapi boleh jadi jutawan, skim pak man telo dll
4. kutu
5. makanan ready made, tahan lama, boleh terus guna
6. servis yang remeh temeh - lipat baju, kemas umah, gosok baju, cuci pinggan, urut, buatkan air dan macam macam lagi

emm ada lagi tak.. actually banyak lagi la. tu hanya sebahagian je.. kalau nak cuba tak salah. tak cuba pun tak apa... 

ok?

1 comment: