Monday 11 April 2016

Berniaga : Jangan kecil hati kalau orang tak beli

masa tunggu result SPM keluar dulu, waktu tu tahun 1995/1996, saya sempat berkelana dan bercelana ke melaka. haah, melaka yang sangat bersejarah tu. waktu tu, mahkota marade tu baru je bukak, kapal perang tldm yang kat selekoh bandar hilir (muzium tlmd) pun dia baru letak. masa dia letak kapal tu kat situ, saya ada dengan rasa terujanya, menyaksikan crane mengangkat kapal tu dari carrier 100++ tayar ke tapak yang ada sekarang. kerja kerja menggrinding teritip pun diaorang buat kat situ. 

ahh.. tu kan zaman dulu. bukan nak cerita tu pun. kalau nak tau pasal history kerja yang saya pernah buat dari zaman dulu sampai sekarang, boleh je cari kat archive. 

kat melaka tu, saya buat beberapa kerja, salah satunya adalah direct selling. penny wholesale. tapi tu kerjaya direct selling ni agak glamor jugak. sebabnya kena pakai tali tie, kemeja, kasut hitam, seluar jeans tak dibenarkan. sambil angkut beg berisi barangan jualan, jumpa dari satu orang ke satu orang, sampai la barang yang kita jual tu habis. 

setiap pagi ada briefing dengan semua salesman yang lain. ops.. dia tak panggil salesman, dia panggil pegawai pemasaran. budak lepas sekolah dengar position pegawai, mau tak mengelitik.. hahaha.. so masa breifing tu memang untuk naikan semangat semua staff la.. ye la kan, kalau tak macam mana nak buat sales.. 

salah satu yang ditekankan adalah, kita ada 100 unit barang yang kena jual pada hari tersebut. sangat jarang berlaku, kita jumpa 100 orang, then barang kita pun habis dijual. jarang jarang. so, apa kena buat, kena jumpa sebanyak dan seramai orang. tak boleh putus asa. sampai la barang tu habis dijual. 

kita ada produk, atau service, jumpa la seramai orang. semaking ramai orang yang kita jumpa, semaking tinggi la peluang utk kita jual barang tu sampai habis. selain tu, ia melatih kita untuk berjumpa dengan ramai orang yang kerenahnya pelbagai. 

memang betul pun konsepnya. ada satu hari, saya approach satu brader dengan isteri dia tengah makan, saya cakap je, dia buat bodo tak berhenti makan. saya tak berhenti cakap, sampai dia malas nak dengar. then dia cakap, join dia makan, baru dia beli. serious, dia beli sampai 5. siap offer kerja dengan dia lagi. haha. satu kes lagi, satu brader (singh) dengan adik perempuan dia (saya ingatkan isteri dia), saya approach dia, then dia cakap tak nak beli. TAPI, adik dia nak ajak dating. hahahaha. <---- kisah benar. dah orang ajak dating, ok je la kan.. hehehe.. dating je pun..bukan buat apa.. 

tu la ceritanya.. so, jumpa la seramai orang. memang malu, memang segan, lama lama ok la tu. alah bisa tegal biasa, dah selalu, tak ada benda... 

No comments:

Post a Comment