Saturday 9 April 2016

Harimau Malaysia : Siapa ABC?

Semalam saya menerima satu email. Secara ringkas, dia bertanya kepada saya, siapa ABC yang saya maksudkan. Dalam posting yang lepas [Harimau Malaysia : Agak agak kalau ABC jadi Presiden FAM, apa dia akan buat],

Saya ada mention tentang ABC. Tentu la ABC nie adalah seseorang. Tak kisah pun ABC nie sapa.. Just ganti nama je.. Mungkin seseorang yang ada keinginan yang tinggi dalam bola sepak tanah air, mungkin juga seorang guard yang bekerja di Stadium Shah Alam yang baru siap tu. Sapa sapa pun boleh. Tak jadi issue. 

Semua orang sayangkan bola sepak tanahair. Namun begitu, tak ramai yang ada cita cita besar. Adakah dengan memasang impian untuk masuk final piala dunia sudah memadai? nampak sangat tak ada cita cita kan. kalau ada cita cita, letak la sasaran untuk menjuarai piala dunia dalam masa 10 tahun akan datang. TAPI. kena la pasang strategi dari sekarang. jangka pendek dan jangka panjang. alamak!!! itu pun tak tahu ke.. 

banyak duit dah kita habiskan untuk bola yang sebiji tu. tapi setakat nie hasilnya tak ada. malas la nak megah megah sangat liga domestik. bangga sangat dengan piala suzuki. pas tu, prestasi tenggelam timbul. ok lagi la kalau timbul. tenggelam lama, susah nak timbul balik. 

So, tak ada issue ehh yang ABC tu. agak agak kalau kita letakkan pengarah strategi sebagai ABC tu ok tak? Emmmm...


No comments:

Post a Comment